Selasa, 6 November 2012

TUDIAA!! Seruan Untuk Rakyat Kedah! Patut ka kita undi Pas? #TukarKedah



Kedah bukanlah sebuah negeri termiskin di Malaysia seperti apa yang digembar gemburkan selama ini..Sejak BN mentadbir negeri Kedah banyak usaha yang dilakukan untuk memajukan negeri Kedah..

Dari segi pelaburan banyak yang masuk ke negeri Kedah ianya satu pencapaian yang sangat membanggakan..Sehinggalah Pas mengambil alih pentadbiran, negeri Kedah terus berubah wajah..Dari slogan menuju ke Kedah Maju 2010 hinggalah ke Kedah Sejahtera yang dicipta Pas..

Kerajaan BN sebelum ini telah meletakkan sasaran 2010 untuk bermulanya era kemajuan bagi negeri Kedah..Tetapi sejak Pas mengambil alih tampuk pentadbiran negeri pada 2008,usaha itu telah terbantut kerana Pas mencipta slogan Kedah Sejahtera iaitu negeri berkebajikan mengamalkan dasar kebajikan..Pas juga idak mahu meneruskan beberapa projek yang dilihat akan memberi kredit percuma kepada kerajaan BN sebelum ini..

Lalu Pas telah menghentikan beberapa projek mega BN Kedah sebelum ini kerana bagi mereka apa yang BN buat semuanya akan merugikan..Sebagai contoh projek Kedah Agro yang di usahakan oleh kerajaan BN sebelum ini berjaya membawa pulangan sehingga 40juta setahun..

Tetapi selepas saja Pas mengambil alih banyak projek projek dibawah Kedah Agro mencatakan kerugian seperti KELI K, LADANG SEJAHTERA,dan cadangan untuk mewujudkan kilang bagi memproses dan mengetin buah buahan sampai sekarang tidak dibina.

Banyak lagi projek yang mengalami kegagalan cuba disembunyikan oleh kerajaan Pas Kedah seperti apa yang didedahkan dalam laporan audit baru baru ini..Tetapi seperti biasa mereka akan menuduh orang lain bertanggungjawab diatas semua yang berlaku..Yang menjadi mangsa selalunya pegawai KCS..

Kini SUK dan KCS jadi kambing hitam Pas untuk melepaskan diri dari kesemua kerugian yang dialami kerajaan negeri..Pas terpaksa mengungkit dan membandingkan kegagalan projek mereka dan projek kerajaan BN terdahulu termasuk zaman Tan Sri Osman Aroff..


Dulu diawal awal Pas mentadbir negeri, mereka mampu berbelanja mewah untuk keselesaan demi menjaga Exco-Exco Kerajaan negeri. Bukan hanya itu saja, Kerajaan yang dikatakan “miskin” ini juga mampu menaja Pegawai-Pegawai Penjawat Awam Utama Negeri untuk melancong ke luar negara. Bukan seorang dua, dikhabarkan bilangannya mampu memenuhi buah bas..

Kerajaan Pas Kedah juga mampu memberikan apa saja kepada Exco-Exconya. Contoh membelikan kereta Toyota Camry dan Toyota Fortuner untuk kesemua Exco.. Manakala Mercedes Benz S Class berharga hampir RM 1 JUTA tidak termasuk no plat..


Nampaknya sedikit demi sedikit Pas mencuri untuk kesenangan pemimpin mereka..Duit ada atau tidak, itu belakang cerita. Yang pentingnya, dapat bergaya dengan hasil hasil yang dicuri .. Dianggarkan berjuta ringgit juga harga kesemuanya.

Dikhabarkan pembelian kenderaan mewah oleh Kerajaan Negeri Kedah itu tidak dipersetujui oleh kebanyakkan Kedah Civil Servant (KCS). Hampir kesemua mereka berpendapat bahawa pembelian kenderaan tersebut merupakan satu pembaziran wang rakyat memandangkan kenderaan lama (Proton Perdana V6 Eksekutif) masih lagi boleh digunakan..Hampir 1.2juta dibelanjakan bagi memenuhi permintaan exco exco di Kedah..


Tambahan pula, mereka tahu tentang keadaan poket Kerajaan Negeri Kedah yang kian kering kontang dan bocor di sana sini. Tidak pula Kerajaan Negeri itu menyuruh mereka melakukan satu dasar yang menguntungkan. Selalunya segala dasar, aktiviti ataupun pengurusan yang dilaksanakan Kerajaan Pas Negeri Kedah ini ternyata merugikan..

Menurut beberapa sumber yang menceritakan kepada mtk, ramai juga pegawai KCS merungut tentang hal ini dan rungutan dari para Pegawai KCS ini akhirnya kedengaran pada cuping telinga Kerajaan Negeri dan Exco-Exconya.Atas sebab itu Kerajaan Pas terpaksa mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Australia..


Lawatan sambil belajar itu hanyalah drama semata-mata. Sebenarnya, KCS ke Australia  hanyalah untuk melancong..Seperti biasa Pas yang pakar dalam bidang putar belit ini menjawab tujuan mereka pergi ke Australia untuk melihat pelaburan baru yang paling menguntungkan iaitu membeli LEMBU dari Australia dan menjual kepada Indonesia..

Projek lembu ghaib ini juga telah lama didiamkan oleh kerajaan Pas Kedah kerana mereka takut untuk mndedahkan kerugian dalam projek ini..sehinggalah pekara ini didedahkan dalam parlimen dan beberapa MP BN di Parlimen baru baru ini..Projek ini juga dikatakan hasil dari idea orang paling rapat dengan MB..

Masih ingatkah lagi dengan Projek SAWAH PADI KERAJAAN PAS KEDAH JADI LOMBONG EMAS di Timor Leste pada Disember 2009 ??

MTK difahamkan kerajaan Pas Kedah telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak ini akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi kerana bagi Pas, kosnya jauh lebih murah berbanding di negara kita dan hasilnya Pas bercadang untuk memasarkan beras ini dalam pasaran tempatan dan eksport ke negara yang memerlukan.

Namun apa yang menjadi keseronokkan kerajaan Pas Kedah ialah apabila kerja kerja tanah telah bermula,mereka menjumpai taburan EMAS yang begitu banyak sekali dikawasan yang dimiliki oleh kerajaan Pas Kedah..Menurut perjanjijan dengan kerajaan timor leste emas itu menjadi milik kerajaan negeri Kedah sepenuhnya..

Penemuan tidak disangka sangka itu menceriakan lagi pemimpin pemimpin Pas Kedah kononnya Idea untuk memajak tanah di Timor Leste itu sangat sangat "BRILLIANT" ..

Tetapi sampai sekarang projek itu sunyi sepi..

Banyak lagi projek projek luar negara yang dibuat oleh kerajaan Pas Kedah gagal dan merugikan..MTK nak  tahu juga kemana wang hasil BALAK yang dibanggakan kerajaan Pas Kedah itu dibelanjakan ?? Sebabnya gaji kakitangan pentadbiran Kerajaan Kedah ambil dari duit peruntukkan kerajaan Pusat..

Jadi kemana wang hasil kerajaan negeri dibelanjakan ?? itu pun belum termasuk lagi duit dari perlombongan bijih besi yang belum dapat lagi hasilnya..Tetapi Kerajaan Pas Kedah sudah berani meletakkan jumlah keuntungan di Billboard diseluruh negeri Kedah..

Medan Tempur Kedah

1 ulasan:

merbah desa sgt berkata...

inilah yang dinamakan PROJEK GHAIB.projek ini akan memberikan pulangan/keuntungan yang sangat lumayan tetapi secara GHAIB.kalau ia[pas]dapat memerintah negara ini maka segala hasil[kewangan negara] negara ini akan disimpan didalam bank ghaib.akhirnya negara ini pon ghaib dan kita semua sama ikut ghaib.hissssss selisih malaikat44.