Contoh macam Kelana Jaya punya Adun. Asal dari tokey sayur, bahasa melayu pun tak reti nak cakap, tiba-tiba jadi Adun. Orang macam ni kita nak harap jaga kawasan? Diri sendiri pun payah nak jaga, apatah lagi rakyatnya.
Termasuklah seorang Adun Kampung Tunku, Selangor. Namanya Lau Weng San, sedang orang sibuk pertikaikan Kerajaan Negeri Selangor kenapa nak guna teknologi membran yang mahal tu, tiba-tiba si Weng San ni pula, men'tweet'kan
"Membrane technology is so affordable. Giant, Tesco, Carrefour bottled waters sold less than RM1 produced via membrane technology".Mc tak tipu, kalau nak tengok tweetnya tu ada kat bawah,
Pehh.. ada sorang lagi mangkuk hayun nak jadi hero. Kepada Weng San, Mc nak pesan, jika tak reti dan faham apa-apa, baik diam dan tak payah nak masuk campur. Kerana, setiap perbuatan bodoh tu, diperhatikan orang.
Orang akan tanya, siapa yang bodoh tu, semestinya Adun Bukit Tunku. Jadi siapa yang malu? Lu juga..
Kenapa Mc kata macam tu? Kerana, 1 botol air yang dijual tu dengan RM1 tu, mahal harganya, kalau nak dibandingkan dengan harga air di Selangor sekarang ni.
Contohnya begini:
"Saya nak buat perbandingan ini untuk menunjukan murahnya air murahnya air paip di negeri Selangor.
Kalau tuan-tuan nampak botol air di depan ni, botol air mineral 500ml, harganya kalau kita beli air ini di kedai, lebih kurang RM1, tetapi satu meter padu air di Selangor berharga 57 sen, jadi berapa banyak satu meter padu ini?
Satu meter padu ini adalah bersamaan dua ribu botol ini, itulah satu liter padu, harganya hanyalah 57 sen, kalau tuan-tuan pandai, tapis air di rumah itu, air paip masuk dalam botol ini, jual RM1, tuan-tuan dah untung RM2000.
20 meter padu yang tuan-tuan dapat daripada kerajaan Selangor, harganya hanya RM11.40, tahu tak RM11.40 tu banyak
mana? RM11.40 ini sama dengan 4 lori tangki Syabas. 4 biji lori tangki Syabas, itulah RM11.40. Itu air percuma yang dikata."
Mc mendapat maklumat ini daripada pegawai Syabas sendiri. Jadi murahkah air yang dijual oleh Tesco dan Giant tu? Rasanya kalau Kerajaan Negeri Selangor guna teknologi membran, harga air akan melambung naik!
Rakyat Selangor nak ke, air naik harga? Kalau taknak, janganlah memperjudikan masa depan anda semua. Elok-elok air di Selangor murah, bila guna teknologi membran, bertambah pula harganya.
Sebab tu Mc kata, Adun di Selangor ni bukan semuanya layak! Adun dari golongan Pakatan Haram ni, semuanya lingkup. Tak boleh pakai, otak dok taruh kat lutut!
Andaikata Selangor tetap guna membran, kesian la nasib rakyat Selangor. Dah la air kurang, kena catu, mahal pulak tu. Umpama, sudah jatuh, ditimpa tangga la gamaknya.
Tapi nak kata apa, rakyat Selangor yang pilih jalan ke arah tu. Pilih pemimpin yang tak layak untuk memimpin. Memang lingkup la.
P/s: Elok-elok ada Langat 2, taknak buat.. parah la..
McTheory:
Tengok Khalid pun orang dah tau, tak layak langsung jadi MB!
1 ulasan:
Giant, Tesco dan Carrefour gunakan technology membrane gunakan air sungai mana ek? Bukan dia rawat air yang dah dirawat dulu oleh Syabas ke? Chemical Engineer? hehehe
GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara di TENDANG TERAJANG
Catat Ulasan