User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Jumaat, 28 Disember 2012

PANASS!! Phahrolrazi BIAYAI Gerakan Jatuhkan MB Kedah di Kandang Sendiri!! #TukarKedah


Sedang sibuk Azizan menyusun kroninya membalak di Kedah bagi menyapu segala yang boleh sebelum PRU, Azizan tak sedar, bahawa kedudukannya di kandang sendiri pun sudah tidak selamat. Didalangi oleh orang kuatnya sendiri, kerusi Azizan sebagai Adun Sungai Limau nampaknya tipis untuk menang.

 Mungkin tak ramai yang tahu bahawa, Azizan menang di Sungai Limau pun dulu atas undian pengundi import. Pengundi luar yang didaftarkan khas untuk mengundi di  Sungai Limau. Laporan menunjukkan bahawa ada 3000 pengundi import Pas dikawasan Azizan.

Mereka bukan pengundi hantu, tetapi pengundi yang dibawa berhijrah secara terancang dan berperingkat untuk mengundi disesuatu tempat yang Pas mahu mereka menang. Contohnya seperti di Sungai Limau dan ada beberapa tempat lain.

Cara ini sebenarnya diguna pakai oleh Dap di Pulau Pinang dan Johor. Dap pula belajar cara ini dari PAP di Singapura, menjatuhkan undi melayu dikawasan yang dikuasai melayu dengan pindahkan kaum cina bagi menyaingi kaum melayu, lalu kawasan tersebut menjadi majoritinya cina, lalu PAP berjaya menawan kawasan tersebut.

Sekarang Pakatan Haram pula mengambil cara tersebut dan melakukan disetiap kawasan yang mereka mahu menang, Di Kedah, ada beberapa kawasan yang dikesan mempunyai pergerakan pengundi secara terancang. Bab pergerakan pengundi ni, kita buka story lain nanti. Sekarang kita fokus, macam mana Azizan akan dikalahkan di kawasan sendiri.

Orang yang bertanggung jawab membawa masuk 3000 pengundi luar untuk Azizan, telah berpaling tadah dengan menyertai geng Phahrolrazi dalam Pas Kedah. Atas alasan, sejak Azizan jadi MB Kedah, dia tak pernah peduli langsung kebajikan orang Pas di kawasan Sungai Limau, atas sebab demikian, ramai yang kecik hati dengan Azizan.

sentiasa cari peluang
Phahrolrazi menyedari keadaan demikian, lalu Phahrol menghantar orang untuk menolong kumpulan yang kecik hati dengan Azizan dan membuat 'plan' bagaimana untuk Azizan kalah di Sungai Limau. Itu cerita dulu, sekarang ni, plan yang dibuat oleh mereka sudah berjalan lancar.

Mungkin depan Azizan mereka ini pijak semut pun tak mati. Tapi belakang Azizan, mereka plan untuk matikan terus karier politik Azizan. Cuba bayangkan, seorang MB kalah di Dun sendiri. Tentunya masa depan politik Azizan akan terus tutup dari sejarah politik tanah air.

Mc boleh sebut nama individu yang mahu Azizan jatuh, tapi biarla ia menjadi rahsia. Mc bongkarkan cerita ini disebabkan mahu membuktikan bahawa Pas Kedah tak pernah aman dari sebarang masalah dalam. Lakonan hidup yang mereka lakukan selama ini, hanyalah topeng untuk menunjukkan kepada rakyat Kedah bahawa Pas Kedah sudah bersatu, sedangkan pada hakikatnya, haprak hancur dan musnah.

Banyak cerita pasal Azizan kat Sungai Limau, sebab tu orang Pas sana dah mula tolak Azizan. Kalau Mc ditempat mereka pun, Mc akan lakukan tindakan yang sama. Sebelum menang, janji bulan bintang, tetapi bila dah menang habuk pun tarak. Tapi biasa la, itukan memang skill puak Pakatan, hanya janji untuk menang!

Akhir cerita, Pas Kedah memang teruk, kalau MB pun tak jaga dan buat kerja dikawasan sendiri, macam mana nak harap dia jaga satu Kedah ni? Adun-adun Pas yang lain, rasanya lagi teruk kot!! Biasa la, kepimpinan melalui teladan.

McTheory:
Kepala teruk, anak buah lagi sakan la..

2 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

mampuih la azizan

Tanpa Nama berkata...

rumah tok imam terbakaq pun dia tak turun mai tengok

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review