Isnin, 31 Disember 2012

PANASS!! Projek Balak Pedu, Kroni Sapu Balak, Azizan Cuci Taik!! #TukarKedah



Azizan ni sebenarnya bodoh. Mc taktau dia kena racun dengan sapa dan diperdayakan oleh sesiapa, hinggakan dia mati-mati pertahankan projek balak kat Pedu tu.

Kroni dia baik punya sapu balak, orang ni pulak yang terhegeh-hegeh pertahankan projek sapu balak ni.

Azizan Abdul Razak berkata hutan dara seluas 400 hektar berhampiran Tasik Pedu yang diteroka untuk dijadikan ladang buah-buahan tidak memerlukan kajian tanah.

Beliau berkata sebuah syarikat swasta yang diberikan tanah seluas 3.75 hektar untuk mengusahakan tanaman buah-buahan mendakwa kawasan tersebut sesuai ditanam dengan anggur.

Projek itu bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita semasa ditanya sama ada kajian tanah perlu dilakukan untuk menentukan kesesuaian jenis pokok, selepas melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting, Pedu.

Pengondolan lebih 400 hektar hutan simpan sekitar Tasik Pedu dan Gunung Inas di Baling didedahkan media tempatan baru-baru ini kerana ia didakwa bakal menjejaskan alam sekitar dan hasil pertanian.

Sebelum itu, Pengurus Besar Kumpulan Ladang-Ladang PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) Rosli Saad dalam taklimatnya kepada Menteri Besar berkata hanya seluas kira-kira 221 hektar sahaja akan ditanam dengan pokok buah-buahan membabitkan 33 spesies.

"Saya yakin projek ini berdaya maju dan kita akan buat bersungguh-sungguh. PKNK yang diberi peranan membangunkannya juga mempunyai modal. Kita akan guna konsep tanaman buah-buah di Mesir yang membabitkan beribu hektar.

"Projek ini selaras program pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) oleh kerajaan pusat yang meletak harapan kepada Kedah menjadi pengeluar makanan utama kepada rakyat," katanya.

Rosli juga berkata takungan akan dibuat di kawasan pembalakan di situ supaya hanya air bersih dilepaskan ke sungai.

Katanya pihak swasta atau pelabur yang ingin membangunkan tanah di kawasan tersebut diberi tempoh 30 tahun sahaja.


Sementara itu, kira-kira 50 penduduk dari beberapa buah kampung berdekatan Tasik Pedu mengadakan demonstrasi aman tidak jauh dari tempat Azizan membuat lawatan tapak bagi membantah pembalakan di kawasan terbabit.

Penduduk Kampung Kubang Bemban, Ibrahim Mehat, 58, berkata pembalakan itu meningkatkan risiko banjir melanda kampung-kampung berdekatan apabila air lebihan dari kawasan pembalakan melimpah.

Mohd Shahbari Abdul Rahman, 45, dari Kampung Charok Padi berkata sejak pembalakan bermula pada 2010, air Sungai Pedu menjadi semakin keruh dan lebih keruh lagi selepas hujan.

Hebat sangatkah Kerajaan Negeri Kedah menjalankan dua-tiga projek balak sekaligus? Ladang Rakyat belum selesai, mereka dah buat projek buah.

Bagaimana dengan projek balak Bukit Kachi? Kalau nak buat projek pembangunan, tentunya terancang dan bukannya bersepah macam ni. Padan muka Azizan, orang lain sapu balak, dia yang terpaksa cuci taik.

Taktau la dia diperbodohkan ke, atau dia yang bodoh?

McTheory:
Memang dia bodoh pun!

Tiada ulasan: