Sabtu, 22 Disember 2012

PANASS!! Ucapan Menarik TPM Muhyiddin Yassin Kat Pondok Pak Ya!!



Dalam lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kedah, YAB TPM telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Sekolah Agama Rakyat, Madrasah Tahfiz dan guru-guru pondok di Kedah untuk berbincang dan menawarkan kerjasama Kerajaan Malaysia bersama Sekolah Agama Rakyat di Kedah bagi di jadikan Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan dengan tidak menganggu gugat identiti Sekolah Agama Rakyat yang telah di bangunkan pengasas-pengasas Sekolah Agama Rakyat dan Madrasah Tahfiz yang terdahulu.

Sebagai Sebuah Kerajaan yang mentadbir Negara, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf peranan yang di mainkan pengasas-pengasas Sekolah Agama Rakyat dan Madrasah Tahfiz di dalam mendidik dan mengembangkan syiar Islam di Malaysia secara mendalam.

Tujuan utama Kerajaan Malaysia menawarkan peluang kepada keseluruhan Sekolah Agama Rakyat di Malaysia di dalam menjadi Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan adalah untuk menjaga kepentingan kewujudan Sekolah Agama Rakyat supaya berterusan.

Selain itu tujuan penawaran kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam menjadi Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan adalah untuk memastikan masa depan pelajar-pelajar yang belajar di sekolah berkenaan agar mendapat keselesaan untuk belajar tentang Agama Islam dengan lebih mendalam lagi dan dapat menafaatkan ilmu yang di pelajari demi masa hadapan generasi Umat Islam yang akan datang.

Di dalam menjadi Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan peranan guru-guru yang berkhidmat di Sekolah Agama Rakyat akan di beri kebajikan melalui gaji dan pembiayaan yang setimpal supaya dapat menjaminkan kehidupan para guru yang berkhidmat di Sekolah Agama Rakyat yang sebelum ini bergantung kepada pendapatan Sekolah Agama Rakyat melalui bantuan dari ahli perniagaan dan individu tertentu.

YAB TPM berharap lebih banyak lagi Sekolah Agama Rakyat akan tampil untuk berkerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk menjadikan Sekolah Agama Rakyat sebagai Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan di dalam usaha Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada sistem pendidikan di Malaysia terutamanya pendidikan Agama Islam bagi Umat Islam. - Media Kedah

1 ulasan:

muhammad firdaus md yusof berkata...

Bagus la tue.. dia mai tempat kita sebab nak buat perkara baik.. bukan nak buat " DOSA " hehe..

" amal maarof.. nahi mungkar "

FZ-TEAM MALAYSIA

CEO : MUHAMMAD FIRDAUS
LOKASI: TAMAN RIA, SUNGAI PETANI
Lajur : RAhsia..

Email.. fzteam.sport@gmail.com