Sabtu, 8 Disember 2012

TUDIAA!! Lagi Report Polis Terhadap Pentadbiran KUIN Aniaya Pekerja!! #TukarKedah @PDRMsia @HishammuddinH2O


Mc diberitahu bahawa 7 Pekerja KUIN akan membuat laporan polis terhadap pentadbiran KUIN.
Laporan polis akan dibuat di Balai IPD Alor Setar. Laporan KUIN mengenai gaji bulanan yang tertunggak hampir 3 bulan. Potongan bulanan insuran, kereta dan lain-lain dipotong pentadbiran KUIN, tetapi di pihak bank, bayarannya masih lagi tidak dibuat.

Bermakna, bayaran bulanan untuk kereta, rumah, insuran dan lain-lain masih lagi tertunggak, hingga ada pekerja KUIN yang keretanya sudah keluar surat tarik. Kesian betul, sudah la gaji sangkut, gaji yang keluar pulak tak bayar dibulanannya. Memang kejam sungguh pentadbiran KUIN ni.

Mana pergi habis duit KUIN ni Jamil? Gaji CEO, gaji COO Insaniah Holding, boleh hang bayar sampai RM30k. Gaji pekerja KUIN? Sangkut-sangkut.

Cuba hang fikir, ingat pekerja KUIN ni nak makan apa? Depa takdak family ka nak sara? Buta perut sungguh la Jamil ni.

Mc nak bagitau kat puak Pas yang dok kata UMNO zalim dan kejam. Ini contoh kezaliman yang dibuat oleh Pas Kedah. Rasanya UMNO pun tak pernah berlaku zalim hingga seleweng duit pekerja dan makan duit rakyat.

Perkara macam ni, rasanya baru patut keluarga pekerja KUIN ni doakan pentadbiran KUIN supaya dijatuhkan bala oleh Allah. Mereka dizalimi!!

Mc cuma sangsi la dengan laporan yang pekerja KUIN ni buat. Mc rasa, termasuk laporan kali ni, dah empat, lima kali dah laporan polis dibuat keatas KUIN. Tetapi tindakan dari pihak polis masih lagi kabur dan tak nampak.

Polis Kedah tak peduli nasib pekerja KUIN? Apa siasatan yang Polis Kedah buat? Tindakannya mana? Patut bertindak cepat, sebab ini melibatkan nasib rakyat yang teraniaya.

Jangan takut la serangan politik, kerana rakyat Kedah sentiasa berada di belakang Polis. Kami pun dah sakit mata tengok KUIN yang huru hara.

Tolong la, kalau Polis taknak bertindak, harap ada pihak lain dapat mengambil tindakan!


McTheory:
Kesian la kat pekerja KUIN tu..

Tiada ulasan: