Sabtu, 5 Januari 2013
GEMPAR!! 3000 Pengundi Sungai Limau Tolak Undi Azizan Pada PRU 13 nanti!! #TukarKedah
Mc sambung lagi cerita mengenai Dun Sungai Limau, kubu kuat Ustaz Azizan Menteri Besar Pas Kedah yang pertama dan bakal yang terakhir kelak. Insyallah.
Terdahulu Mc pernah bercerita mengenai orang kuat Azizan di Sungai Limau, telah dibeli oleh Phahrolrazi untuk membuat gerakan bawah tanah tumbangkan Ustaz Azizan dalam diam.
Kemudian Mc pernah ceritakan bahawa 3000 pengundi luar yang diimport oleh Pas untuk membantu Azizan memenangi kerusi Dun Sungai Limau pada PRU yang ke 12.
Lepas tu, Mc juga pernah ceritakan mengenai Azizan yang mengabaikan orang kampung di Sungai Limau, tidak tepati janji dan sombong. Malah Sekolah Pondok Pak ya yang terletak berhampiran juga sudah 'isytihar' untuk tolak Pas serta Azizan pada PRU kali ini.
Semua cerita ini bersangkutan diantara satu sama lain. Malah cerita bersiri ini akan membongkarkan misteri siapa Azizan Razak di Sungai Limau secara detailnya kelak.
Disebabkan Azizan yang tidak ambil peduli dan kisah akan orang yang membantunya memenangi kerusi Dun Sungai Limau. Individu yang menguruskan pengundi import tersebut, bertekad untuk 'memulaukan' undi untuk Pas supaya Pas kalah dikawasan tersebut.
Beliau berani jamin bahawa 3000 pengundi yang beliau bawa untuk bantu Azizan dulu, takkan turun seorang pun bagi mengundi Pas serta Azizan. Semua ini, hanyalah untuk mengajar Azizan supaya berterima kasih serta sedar diri setelah kalah nanti.
Itu 3000 pengundi yang diimport, bagaimana pula dengan pengundi asal di Sungai Limau yang selama ini terpinggir dengan perbuatan Azizan yang sombong dan lupa diri tu?
Semua ini akan Mc huraikan kelak. Banyak cerita lagi ni..
McTheory:
Habis la Azizan, bungkuih la lepas ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Sayang seribu kali sayang,
banyak sangat pengundi hantu ye, Malaysia sudah rosak. Tiada lagi akhlak di jaga. Semua pemimpin sama sahaja, mahukan kuasa dan wang sehingga sanggup menipu.
kepada blogger, kedah ke KL? org kedah ke KL himpun cerita gersang saja ka?
ternyata kebanyakan isi blog adalah lagho tidak berilmu.
ada cerita gersang ke? aku ada 5000 post politik, kenapa pilih cerita kaitan dengan gersang? sapa yang salah?
Catat Ulasan