Isnin, 21 Januari 2013

PANASS!! Hati-Hati Virus Ini Kembali Menular Di Dalam Negara Kita Sekarang!!



Hari ni Mc nak ingatkan kembali kisah lama yang menjadi tragedi dan barah kepada negara kita. Sejarah tak pernah melupakan kita, namun kita selalu melupakan sejarah.

Kita terlalu asyik bercerita dengan parti parti yang mendominasikan pentas politik kita hari ini, tidakkah kita lupa kepada parti sosialis malaysia (PSM). Psm merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di malaysia. Psm merupakan parti serpihan parti rakyat malaysia (PRM) lantaran parti itu yang menggugurkan 'sosialis' dari nama asalnya parti sosialis rakyat malaysia (PSRM).

Psm ini ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan "mengancam keselamatan negara". Namun demikian, parti ini masih menghantar calon bertanding dalam pilihan raya umum dengan tiket parti pembangkang lain. Akhirnya pada 10 september 2008, parti ini berjaya didaftar dan wakil rakyat parti ini bermula mewakili parti ini di dewan undangan. Sebelum itu kedua-dua orang wakil rakyat yang sedia ada mewakili parti keadilan rakyat (PKR) selepas menang dengan tiket Pkr.

Disebabkan parti ini tidak dapat didaftarkan, oleh itu calon-calon yang dihantar terpaksa bertanding dengan tiket parti lain. Dalam pilihan raya umum malaysia 1999, mereka menggunakan tiket parti tindakan demokratik (DAP). Tetapi menjelang pilihan raya umum malaysia 2004, Dap enggan membantu Psm dengan tuduhan "tidak pernah bertegur sapa", oleh itu calon-calon Psm beralih mendapat bantuan daripada parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggantikan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) terus membenarkan calon-calon Psm bertanding dengan tiket Pkr. Namun terdapat seorang calon Psm yang bertanding sebagai seorang calon bebas menggunakan lambang kunci, iaitu calon untuk kawasan dewan undangan negeri Jelapang di negeri Perak.

Di kawasan ini sudah terdapat seorang calon parti pembangkang, iaitu Hee Yit Foong dari Dap. S.Arutchelvan juga bertanding bagi dun Semenyih di Selangor. Akhirnya, Psm mempunyai dua orang calon yang menang di bawah tiket Pkr, iaitu Michael Jeyakumar dari kawasan parlimen Sungai Siput negeri Perak, dan pengerusi parti Dr. Mohd Nasir Hashim dari kawasan dun Kota Damansara.

Barisan sosialis atau socialist front (SF) atau nama penuhnya barisan sosialis rakyat malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 26 ogos 1958, terdiri daripada parti rakyat malaya (PRM) dan parti buruh malaya (LPM) pada mulanya dan disertai kemudiannya parti perhimpunan kebangsaan atau national convention party (PPK) bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di semenanjung malaysia pada era 1950-an dan 1960-an.

Dalam pilihan raya umum tanah melayu 1959 yang pertama, SF telah memenangi 8 kerusi di peringkat kebangsaan menjadikannya parti yang ketiga besar di parlimen Malaysia selepas perikatan dan parti islam se-malaya (PAS).

Semasa rancangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk mengembangkan tanah melayu menjadi satu persekutuan yang lebih besar iaitu Malaysia pada 1961, ia telah mengamitkan kerjasama di antara pelbagai parti pembangkang di parlimen. Maka SF telah berkerjasama dengan parti negara, parti progresif penduduk (PPP), parti demokratik bersatu atau united democratic party (UDP) dan parti islam pan-malaysia (PMIP), untuk membantah rancangan yang dilihat sebagai agenda tersendiri perikatan.

Sementara itu, SF juga memperkuatkan penguasaannya di peringkat kerajaan tempatan seperti di Pulau Pinang, di mana SF telah menguasai 14 dari 15 kerusi bagi kerajaan tempatan Georgetown selepas pilihan raya majlis bandaran pada 1961. Pada 1965, SF telah menguasai majlis bandaran di Pulau Pinang dan Melaka serta juga majlis tempatan di Seremban dan Serdang.

Faktor-faktor kemiskinan, gaji upah yang kecil dan kesihatan serta perkhidmatan bekalan elektrik dan air menjadi tapak sosialisme berkembang ketika itu. Aktivis kesatuan sekerja, N.Patkunam, seorang ahli pengasas dan ahli jawatankuasa pusat parti buruh malaya telah memenangi kerusi majlis tempatan Sungai Pinang pada pilihan raya 1958 dan 1961 dan seterusnya dilantik timbalan datuk bandar pada 1960.

Sebagai seorang guru yang muda, beliau telah menjual tanah pusaka ibu bapanya di Greenlane dan menyerahkan hasil jualannya kepada partinya demi untuk memperjuangan menwujudkan satu masyarakat sosialis yang dapat menbenteras kemiskinan dan mendokong pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama.

Sf telah bertambah kukuh apabila bekas menteri pertanian (1955-63), Abdul Aziz Ishak, membawa parti barunya parti perhimpunan kebangsaan atau national convention party (PPK) untuk menyertai gabungan barisan sosialis (SF) apabila beliau disingkirkan daripada umno, kerana tekanan hasil pengaruh SF yang berkembang, kerajaan persekutuan perikatan telah berusaha menjatuhkannya melalui propaganda mengaitkan sosialisma dengan komunisma dan mendakwanya anti-agama. Pengaruh puak berhaluan kiri SF yang bertambah semakin kuat telah menyebabkan tindakan keras dari kerajaan perikatan pimpinan UMNO.

Pada 1963, sejurus selepas peristiwa konfrontasi indonesia-malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. SF dilihat sebagai pro-indonesia dan semua pemimpin barisan sosialis telah diberkas. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM), Abdul Aziz Ishak (presiden PPK) serta Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr.Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain.

Rapat umum dan demonstrasi besar-besaran telah diadakan pada 13 februari 1965 di Kuala Lumpur sempena ulang tahun kedua penahanan Ahmad Boestamam dan lain-lain untuk menentang penangkapan beramai-ramai aktivis dan pemimpin SF di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA) dan tuduhan penglibatan kegiatan "subversif". Akibatnya pada pilihan raya umum malaysia 1964, SF hanya dapat memenangi 2 kerusi. Pembatalan pilihan raya kerajaan tempatan 1965 selepas pengisytiharan darurat pada 1964 akibat konfrontasi terus memberi kesan dan melemahkan pengaruh SF.

Dalam pilihan raya umum malaysia 1969, barisan sosialis (SF) yang sebelum ini bertanding dan berjaya dalam pilihan raya umum tanah melayu 1959 dan pilihan raya umum malaysia 1964 telah roboh berikutan pertikaian antara parti rakyat malaya (PRM) dan parti buruh malaya (LPM) mengenai isu-isu bahasa dan lain-lain meninggalkan Prm bertanding 6 kerusi di atas dirinya sendiri. Barisan sosialis akhirnya terus semakin lemah dan terkubur kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum peristiwa mei 13 pada 1969.

Sumber utama Mc ambil dari wikipedia dan membuat sedikit edit padanya. Untuk pengetahuan semua, Psm tidak pernah mati. Malah cita-cita mereka untuk menjajah Malaysia dan menyebarkan fahaman sosialis masih lagi tersimpan dan membara.

Cerita mengenai Bawani adalah satu contoh terbaik bagaimana Psm meletakan proksinya di Universiti yang mahu mereka buat kacau. Bawani adalah satu rekrut untuk meracun mahasiswa IPT supaya mengikut rentak sosialis.

Malah Mc juga percaya, bukan hanya ada seorang rekrut seperti Bawani di Malaysia, boleh dikatakan setiap IPTA mereka sudah meletakan proksi untuk menyebarkan fahaman sosialis secara senyap-senyap. Apakah kita mahu sejarah berulang kembali?

Apakah kita tak takut fahaman sosialis kembali menular?

Rakyat Malaysia do something, TOLAK SOSIALIS!!




McTheory:
Selamatkan Malaysia dari anasir jahat yang merugikan masa depan generasi kita

Tiada ulasan: