Selasa, 22 Januari 2013

PANASS!! Kuasa Tabung Derma Jihad Pas, YB Pas Naik Porsche Cayman!!



Tak sangka Wakil-Wakil Rakyat PAS sekarang ni mampu memiliki dan membeli kereta mewah. Diantaranya ialah Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga merupakan ADUN Sanglang, Ustaz Hashim Jasin yang mampu memiliki Porsche Cayman. Bukan calang-calang orang yang mampu memiliki kereta mewah ini.

Inilah amalan yang patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin UMNO iaitu pemimpin-pemimpin PAS menabung dari kecil. Namun tak pastilah jika dengan duit gaji dan elaun sebagai Wakil Rakyat di Perlis mampu untuk membayar ansuran kenderaan berkenaan. Ini belum dicampur dengan kos penyelenggaraan, insuran dan lain-lain lagi.

Buat juak-juak PAS peringkat bawahan, teruskan usaha murni anda untuk menderma di setiap kantung derma di dalam ceramah-ceramah Pakatan Haram. Semoga usaha anda akan memastikan kunci ke syurga milik anda. Biaqlah hangpa naik motor buruk asalkan pemimpin-pemimpin hangpa boleh naik kereta Porsche!

Untuk mengesahkan Porche Cayman WWF 3000 ini milik Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin... Ada dua saman speedtrap AES kenderaan ini selepas buat carian berdasarkan no kad pengenalan: 390801095027... Ada 13 saman semuanya, termasuk 2 saman speedtrap untuk kenderaan WWF 3000, manakala kenderaan lain ialah: RD 6943 (Proton Wira). Kesemua saman berjumlah RM 1250.00... Masih belum dibayar...


Hebat Ustaz PAS ini. Kereta mahal-mahal sanggup dibeli. Saman tak mahu bayar pula dengan segera. Lagi satu, Ustaz-Ustaz PAS ni kaki lumba juga ye?

Sumber asal CTS, Mc petik dan gabungkan.

McTheory:
Kaya-kaya Ustaz Pas lanih.. dahsyat depa..

Tiada ulasan: