Rabu, 23 Januari 2013

PANASS!! Najib Razak Buat Kacau di GAZA??


Hari ini DS Najib Tun Razak dan Datin Rosmah Mansor yang selama ini di maki hamun dan di FITNAH bermacam-macam oleh puak-puak pembangkang telah berada di bumi Palestin mengadakan lawatan kemanusiaan.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 KM dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, beliau akan melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Sumber asal klik Pejuang Bangsa

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walau di pelusuk mana mereka berada, selagi mereka ada kalimah laillahailallah mereka itu adalah saudara kita..walau pun mereka bukanlah dari kalangan orang2 umno marilah kita sama2 doakan kesejahteraan buat mereka semoga segala penderitaan yang mereka tanggung Allah membalas dengan sebesar-besar ganjaran di akhirat kelak. Kepada PM sekalung tahniah di ucapkan kerana dengan kehadiran PM disana sudah pasti akan memberi kekuatan moral untuk mereka berjuang dan terus berjuang demi menjadikan Pelestine sebuah negara yang berdaulat. Teringat kata2 yang tertulis di UTM dulu "akhlak yang mulia lebih baik dari kata2 yang tidak dipraktikkan' -k.k

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Syria yang sedang mempertahan kan diri dari di bunuh dan di perkosa dan di hapuskan olih rejim Assad, hendak lah di perjuangkan nasib mereka atas persada satu Ummah dan Islamik solidarity. Najib perlu kecam pemerintah yang kejam.
Najib tidak bolih tutup mata tenga dan hati ke atas nasib Rakyat Syria.
Najib tidak bolih mengampu kuasa barat dan permainan geopolitik mereka.
Ada kah najib ada kepentingan politik tanah air, dengan menyokong pendirian kuasa barat, nak dapat kepujian dari Obama dan Cameron dan Perancis ?
Sudah lebih 2 tahun dan AlJazeerah unjur 60,000 hingga 70,000 maut.
500,000 hingga 600,000 pelarian.Nato pulak pasang peluru Patriot.
Najib perlu di ingati Isu mindanao bukan usaha dia satu orang, tak payah lah nak tuntut nama Mindanao dan nak damai kan Hamas dan PLO..Tak sama dan tak mungkin najib nak tuntut kredit.Tolong pelarian Syria lebih baik.
arjuna waspada
changkat lobak.

Jebon Tua berkata...

Dei kayu, abis yang pemimpin PAS mangkuk hayun si Mat Sabu jumpa orang kanan Assad Syiah lahanat kat Syria tu ko tak nak komen ke. Betul punya mangkuk jaram jadah la ko ni. Puihhh

Tanpa Nama berkata...

Suruh orang lain berjalan lurus tetapi sendiri jalai kepit taik..podah..!