Selasa, 22 Januari 2013

PANASS!! Penceramah Pas Mempunyai Banglo Jutaan Ringgit?





Bila jadi penceramah Pas terus kaya, kenapa ya? Mungkin sebab duit derma yang selalu disalurkan tu. Blog Keris7Lok mendedahkan semua ini.

Pemimpin PAS selalu berkata orang UMNO/BN hidup mewah kerana makan duit rasuah, tipu rakyat dan sebagainya. Ayat-ayat tersebut selalu dijadikan modal bagi mengutip derma untuk duit poket mereka sendiri.

Tetapi hakikatnya mereka juga sebenarnya hidup bergaya dengan kemewahan yang luarbiasa... hinggakan ada diantara mereka yang memiliki mahligai mewah, kenderaan mewah pendek kata segala-galanya mewah.
Jadi apa bezanya PAS dengan sendikit peminta sedekah dikaki lima?

Umum mengetahui bahawa pemimpin Pas dan pakatan haram memang bijak bermain silap mata di hadapan rakyat. Kehadiran mereka ke ceramah-ceramah dengan menaiki kenderaan biasa berjaya mengaburi mata rakyat yang menyangka mereka adalah orang yang biasa-biasa sahaja.

Lebih celaka, dalam ceramah, mereka pula tuduh orang lain hidup mewah kerana amalan rasuah dan pelbagai. Jadi itu antara modal yang digunakan untuk mengutip wang rakyat melalui derma politik di dalam ceramah pakatan haram.

Sedangkan, di belakang rakyat mereka juga sebenarnya hidup senang lenang dengan kemewahan yang menakjubkan. Ada yang memiliki kenderaan mewah lebih dari sebuah. Ini tidak termasuk kapal layar peribadi, rumah penginapan di luar negara dan macam-macam lagi yang rakyat tidak tahu.

Walaupun hakikatnya, mereka ini tidak punya pekerjaan melainkan menghambakan diri kepada parti politiknya dan siang-malam asyik maki hamun di dalam ceramah sahaja.
Jadi, mana datangnya sumber kekayaan itu?

Lain ceritanya pula, gambar di atas menunjukkan kediaman milik bakal calon Pas bagi parlimen Larut pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13). Kediaman adalah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Mohd Fauzi bin Shaari yang terletak di No 7 Jalan 15/10, Seksyen 10, 40000 Shah Alam.

Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah. Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin Pas.

Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini? Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu? Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?

McTheory:
Konpuiss la konpius.. he he

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mereka ini semasa dalam BN telah mengambil rasuah.apabila dah banyak duit rasuah terkumpul mereka masok parti pembangkang.

Walinong Sari berkata...

Ingat pesara polis tak pandai simpan duit ke, ini contohnya. Masa dia bekerja dahulu mana boleh buat rumah macam ini, sudah tentu pdrm belasah dia - tahniah dato contoh kepada polis yang masih bekerja sekarang - 12:03:08 PM Wednesday, February 06, 2013