Isnin, 14 Januari 2013

PANASS!! Promosi Allah For All Sudah Bermula di KL!! #KL112


Bolehkah promosi begini?

Memertabatkan agama Islam dengan mengagungkan kalimah suci ALLAH di mana juga dan terpakai untuk sesiapa pun?

Mengguna pakai lanskap tanah besar Arab yakni pusat agama-agama lain berkembang termasuk Kristian dan Judaisme selain Islam sendiri dan punca perebutan tanah suci Baitul Maqdis dan perang Salib berlaku - digambarkan bahawa Malaysia wajar mengikut jejak langkah tanah besar Arab dalam penggunaan kalimah suci Allah bukan sahaja kepada penganut agama Islam bahkan agama-agama lain.

Bolehkah?

Mengundang mara bahaya pluralisme dalam beragama bermula dari perkongsian nama tuhan namun merujuk kepada tuhan yang berbeza dari segi sifat dan bentuk WAJAR DITOLAK oleh muslim muslimah Malaysia.

Hujah bahawa Islam boleh mendapat 'advantage' bagi memperkenalkan agama syumul Islam dengan membahasakan tuhan agama lain juga Allah adalah perkara paling tidak bertanggungjawab wajar dipersalahkan kepada segelintir pemimpin politik yang bertopengkan agama dalam meraih undi.

Bila agama turut diperjudikan, mustahil atau tidak nasib rakyat juga boleh diperjudikan?

Tepuk dada tanya diri anda semua!

ps: wartawan kami sempat merakamkan foto di bawah sewaktu #KL112 di dinding sekitar Masjid Jamek. nampak tak nama siapa di sebelahnya? TUKAR TIUB??






Terima Kasih Ehsan gambar dari Team Media Selangor

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mempersenda sendakan KALIMAH ALLAH sudah bermula.maka dengan ini tunggulah balasan[bala]dari ALLAH apabila ALLAH MURKA nanti.