Sabtu, 12 Januari 2013

TUDIAA!! Ahli UMNO Gerun Dengan Himpunan #KL112 Siang Tadi?



1. MalaysiaKini telah mengeluarkan laporan mereka menyatakan bahawa jumlah kehadiran adalah 50K. Pihak blogger pro-pembangkang pula dengan tidak segan-silunya mencampakkan angka 100K. Manakala PDRM pula dalam anggaran 35K dan pemerhatian saya sendiri turut bersetuju dengan pihak polis dengan paling tinggi jumlah kehadiran hanyalah 40K sahaja.

2. Gambar menceritakan segalanya. Mudah untuk menambah tokok bilangan khalayak dengan aplikasi seperti Photoshop, tetapi untuk mengurangkan bilangan khalayak adalah mustahil.

3. Sehingga ketibaan DS Anwar Ibrahim, jalanraya di sekitar Stadium Merdeka tidaklah sesak dan lengang sedikit daripada hari-hari biasa. Sekiranya sasaran mereka 1 juta kehadiran, ternyata misi mereka ini gagal.

4. Mat Sabu pernah berjanji di hadapan blogger-blogger pro-pembangakang seperti Ameno World, MiloSuam, Aduka Taruna serta di hadapan Hishammuddin Rais sendiri, jika gagal mengumpulkan kehadiran 1 juta orang, maka beliau akan bersara dari politik. Tetapi, seperti ramai yang tahu, janji Mat Sabu adalah janji ahli politik pembangkang. Tidak akan tertunai sampai bila-bila.

5. Sekiranya kita lihat mereka yang datang hari ini sudah tentunya terdiri daripada jentera parti Pembangkang sendiri. Ditambah pula dengan ahli-ahli parti berkenaan. Serta pihak ketiga yang pro kepada pembangkang.

6. PAS sendiri yang mempunyai keahlian seramai 2 juta orang, manakala PKR pula seramai 400K orang dan DAP sendiri seramai 200K keahlian. Ditambah pula dengan sokongan dari pihak ketiga yang boleh mencecah 100K orang.

7. Dijumlahkan keseluruhan mereka ini adalah lebih kurang 2.7 juta orang. Dan sekiranya kita bersetuju dengan jumlah yang diberikan oleh MalaysiaKini, jumlah keberkesanan mereka hanyalah pada 1.8% sahaja dan jika diambil jumlah 1 juta seperti yang disasarkan penganjur maka keberkesanan mereka hanyalah pada tahap 5% sahaja.

Kegagalan Pakatan, Kejayaan UMNO


1. Sekiranya kita bandingkan dengan Perhimpunan Sambutan 66 Tahun UMNO yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari ternyata keberkesanan UMNO adalah lebih daripada gabungan ketiga-tiga parti Pakatan ini termasuk dengan sokongan pihak ketiga sekali.

2. Perhimpunan Sambutan 66 Tahun UMNO yang mencatatkan kehadiran sejumlah 100,000 orang dan dibandingkan dengan keahlian UMNO seramai 3 juta ahli, maka keberkesanan UMNO adalah pada tahap 33.33%. Jauh lebih baik daripada Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 ini.

3. Ini bermakna perhimpunan Sambutan 66 Tahun UMNO adalah perhimpunan rakyat yang sebenar.

4. Tidak layak Mat Sabu untuk menggelarkan himpunan pada hari ini sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat kerana 50,000 kehadiran mana mungkin boleh mewakilkan rakyat seluruh negara.

5. Ini adalah satu lagi strategi pembangkang untuk melabelkan perjuangan mereka sebagai perjuangan rakyat. Mereka juga ingin mempamerkan kekuatan mereka dari segi jumlah yang ramai namun pada hari ini Kuala Lumpur seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

6. Rakyat yang tidak ikut serta perhimpunan pakatan ini sepatutnya sedar akan fakta sebenar yang cuba disampaikan ini. Seharusnya penggunakan perkataan 'Rakyat' dalam apa jua tindakan pembangkang ini adalah untuk memberikan imej yang bertentangan dengan kerajaan pada hari ini.

7. Rakyat dipisah-pisahkan daripada kerajaan malah penyokong UMNO dan Barisan Nasional sendiripun pakatan pembangkang ini tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat. Yang mana menyokong pembangkang dan menentang kerajaan barulah dipanggil rakyat.

8. Inilah persepsi yang ditanam oleh DS Anwar Ibrahim yang cukup pandai memainkan propaganda beliau bermula dengan menamakan parti peribadi beliau sendiri sebagai Parti Keadilan Rakyat.

9. Inilah yang rakyat harus sedar dan janganlah tertipu dengan agenda peribadi beliau yang tamakkan kuasa dan wang ringgit.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Laporan: truthvaccine

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan semua menyertai KL112.yang ada hanya berjalan2 dan tengok2 aje.