Rabu, 23 Januari 2013

TUDIAA!! Harimau Sarkas Pas, SOUND Karpal Singh!! hahaha..


Kelakar betul Mc dengan Ketua Pemuda Pas ni. Dia punya kenyataan memang flip flop tahan dewa. Kejap tentang, kejap sokong, kejap bagi, kejap tak bagi. Kejap garang, kejap ok. ha ha ha.. memang macam sarkas la si Tantawi ni.

Membaca kenyataan terbaru Nasrudin Hassan yang keras membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung tuntutannya supaya PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah s.w.t tentunya ada yang terfikir betapa jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

"Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur," tegas Nasrudin.

Sebelum ni Nasrudin sokong untuk benarkan kalimah Allah diberikan kepada kristian. Kali ni apa dia punya mimpin, dia tak bagi la pulak. 

Dengan penegasan itu bermakna Dewan Pemuda PAS sebulat suara setekad hati untuk menjunjung keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang bemesyuarat pada 13 Januari 2013 untuk menghalang penggunaan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sepintas lalu dibaca berkemungkinan ramai penyokong PAS yang melihat dunia dari bawah tempurung akan meremang bulu roma bersemangat meluap-luap dalam jiwa. Mungkin ada yang terdetik dalam fikiran menyanjung keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS itu menyanggah teguran 'lembut' dari Karpal Singh.

Itu satu kebiasaan dalam PAS dan sudah menjadi tabie penyokongnya mudah lupa perkara lama kerana jarang sangat dikalangan orang PAS yang berfikir guna akal sendiri sebaliknya lebih kerap menerima buta tuli saja segala yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Tapi bila ia dibaca oleh khalayak yang luas pemikirannya boleh jadi tersembur muntah keluar segala isi perut. Mana tidaknya kalau dah kenyataan oleh Nasrudin pada 21 Januari 2013 itu jelas bercanggah benar dengan pendiriannya yang dinyatakan dua minggu lalu.

Dalam kenyataan pada 10 Januari 2013 itu, Nasrudin secara terbuka menyokong ketetapan rasmi PAS yang dipersetujui melalui Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk membenarkan orang Kristian mencetak kalimah Allah s.w.t ke dalam kitab Bible.

"Rasanya tidak perlu saya mengulas perkara itu kerana Presiden sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan itu sudah menjadi pendirian parti dan kami Pemuda Pas menyokong pendirian tersebut," itu kata Nasrudin dua minggu lepas.

Maksudnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu beriktikad sepenuh hatinya dengan keputusan Hadi Awang untuk membenarkan kesucian kalimah Allah s.w.t dinodai oleh pendakyah Kristian sebagaimana dituntut oleh DAP.

Disebabkan keputusan yang dipersetujui oleh Presiden PAS itu dan disokong pula oleh nasrudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS, maka berbondong-bondonglah pengikut parti itu mengelurkan hujah untuk menyokong ketetapan yang diambil.

Semuanya dilakukan kerana Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Pemuda PAS seia sekata yang orang Kristian boleh guna kalimah Allah hatta sekalipun untuk dicetak dalam Bible versi Bahasa Melayu yang tujuan tersiratnya untuk memesongkan akidah umat Islam.

Persoalan sekarang kenapa kini Nasrudin berubah? Apa jenis jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini kalau dah sikap dan pendiriannya berubah-ubah dan tidak tetap?

Jika Nasrudin boleh berubah pendirian hanya kerana atas dasar wala' dan taat buta tuli pada keputusan pemimpin dan parti sedangkan sudah terbukti parti yang didukungnya memanjang saja flip flop, tak mustahil selepas ini PAS sekali lagi menukar pendirian dalam isu kalimah Allah, Nasrudin juga akan u-turn sama.

Lagi penting untuk dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu ialah, sejauh mana beliau sanggup membuktikan kejantanannya dalam mendaulatkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya ia menjadi dasar rasmi PR?

Sekarang PR bergerak hasil gabungan bersama DAP, PKR dan PAS, mana mungkin PAS kekal dengan pendirian baru yang bercanggah dengan ketetapan rasmi PR?

Seandainya PAS terus kekal bersama PR itu maksudnya PAS telah redha dengan dasar rasmi PR dalam isu kalimah Allah, jika demikian tiada gunanya kejantanan jadi-jadian yang dipersembahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, betul tak?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hampehhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Serban dia tu berat sngt gaknya..sebab tu otak dia dh kecut dan xblh berfungsi dgn baik.

Tanpa Nama berkata...

Itulah maknanya yang sebenaqnya Parti PAS (Parti Autar Semalaysia)

Tanpa Nama berkata...

Ustaz tantawi.. pinjam kereta..

Tanpa Nama berkata...

Saya bkn org parti tpi dlm menegak kalimah Allah swt kita umat Islam mesti bersatu tak kira apa parti yg di anuti.kenapa kita blh satu pendirian dlm kes penindasan israel terhadap rakyat palestin tpi tak sama pendirian dlm menegak kalimah Allahdi dlm tanahair yg tercinta ini?

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang berbakat kat dalam Pas tu..ye.! punya lah marah sampai tegang urat leher, tu belum dengar tarik nafas macam kerbau lagi tuh..! Mau kecut telor kalau Karpal dengar.
Ingat kan ketua pemuda akai jenuh la sangat..rupa2nya lebih kurang Bob Lokman dan Leman Raja Lawak le.jugak!. Kalau siapa2 yang ada stress.. tengok lakonan puak2 ni pun kadang2 rasa terhibur juga tambah2 tengok muka ketua pemuda dia orang tuh..boleh gelak guling2.

Tanpa Nama berkata...

walau apa pun KOMEN2 yang dibuat.walau SIAPA2 pun yang membuat BANTAHAN.walau pun SEMUA JENIS UNDANG2 digunakan untuk MENYEKAT kemahuan KARPAL DAN DAPNYA PASTI TIDAK AKAN BERJAYA kerana mereka menggunakan KUASA POLITIK untuk MELINDUNGI mereka dan parti mereka untuk MENCAPAI hajat mereka.