Isnin, 4 Februari 2013

HANGAT DI PASARAN!! Disebabkan Sayangkan Ustaz Azizan Team Media Kedah DESAK Ustaz Azizan BUBAR DUN Kedah!! #BubarDunKedah


Sebenarnya Mc penat tengok Ustaz Azizan keluar masuk hospital. Dari sakit jantung, sangkut ke hati, lepas tu terus ke mata. Hinggakan Ustaz Azizan sekarang ni, dua meter jauh pun dia dah tak nampak. Kencing manis makin kritikal, sakit jantung jangan cakap la, memang tak pernah lega pun. Selama 5 tahun ni, dah berpuluh kali beliau masuk KMC tu.

Itu soal kesihatan, belum lagi soal pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang lemah, kes balak Kedah di Gunung Inas dan Pedu, cerita pasal KUIN yang hampir nak kena jual tu. Belum lagi keluar cerita, bukit kachi tanah orang kampung yang dirompak oleh Pas, kuari batu di Jerai dan pelbagai isu lain.

Ungkit pula cerita rumah mampu milik yang Pas Kedah janjikan. Di Guar dah 2 kali pecah tanah, tapi tiang tak pacak-pacak pun. Kat Jitra dan Pokok Sena pun sama, ada papan tanda saja, lain kosong lagi. Dengar kata manifesto yang terbaru ni Pas Kedah nak buh lagi janji rumah mampu milik.

Ekonomi Kedah juga berada ditahap paling teruk, tiada lagi FDI dari luar untuk Kulim Hi-tech, Kedah Agro dah jadi gajah putih, projek balak Papua New Guinea tinggal kenangan, projek lembu Azizan terus kesepian, belum lagi kisah bendang emas di Timor Leste dan projek perumahan hantu, claim ada, plan ada, tapi rumah takdak!

Kemudian kita sentuh pasal kelab malam, zaman BN dulu ada kelab. Tapi tak sebanyak zaman Pas. Sejak kerajaan Islam Kedah ni memerintah, 145 kelab malam telah dibuka. Itu yang berlesen, tanpa lesen taktau la berapa, rasanya berlambak kot. Tapi takpa, itulah cara pemerintahan Islam Pas!

Masalah sosial semakin bertambah, penagihan di Kedah paling ramai pada tahun 2011 mengikut kajian AADK (Agensi dadah kebangsaan). Bila kelab malam banyak, orang muda susah dikawal, kes tangkap khalwat juga naik, anak luar nikah bertambah-tambah. Semuanya disebabkan kerajaan Islam ciptaan Pas inilah.

Mc nak sentuh juga kegiatan jenayah, walaupun dalam bidang peguatkuasaan Polis, tetapi yang menjaga keamanan dan pentadbiran ialah kerajaan negeri. Tiada satu usaha pun kerajaan negeri untuk mencegah jenayah yang semakin menjadi-jadi, apa yang Pas buat hanyalah ceramah politik yang tak sudah. Itulah cara Pas mengekang jenayah, dengan ceramah politik kutuk UMNO/BN disetiap malam!

Kejayaan Pas paling besar semenjak pentadbirannya ialah, merobohkan Surau dan Madrasah Salihiah. Walaupun projek ini diperkenankan oleh Tuanku Sultan Kedah, namun jika Pas tidak meminta tanah wakaf tersebut. Sudah tentu kita dapat memilihara surau dan madrasah yang berusia beratus tahun.

Sudah la tak pernah bina masjid dan surau. Dirobohkan lagi ada la.. inilah contoh terbaik, kerajaan Islam Pas di Kedah.

Disebabkan alasan diataslah Mc dan TMK serta sahabat-sahabat blogger Kedah yang lain mendesak Ustaz Azizan membubarkan DUN Kedah lebih awal, supaya beliau tidak terbeban dengan amanah yang rakyat Kedah berikan kepada beliau.

Sesungguhnya Mc mencabar dan mendesak Ustaz Azizan Razak MB Kedah yang tersayang supaya BUBARKAN DUN Kedah secepat mungkin. Kalau Khalid Gagap kata lepas Cap Goh Mei, Azizan boleh bubar selepas raya cina.

Jangan la dipaksa diri untuk terus mentadbir Kedah, kerana Azizan sememangnya telah gagal untuk melaksanakan tugasnya itu. Dari terus merana, biarlah segalanya berakhir dengan lancar dan mudah.

Jadi untuk tidak berasa malu, TMK lancarakan kempen #BubarDunKedah!! Pada mana-mana blogger, facebookers dan twitterian yang setuju dengan kami. Sila guna hashtag ini untuk desak Azizan Razak bubarkan dun Kedah lebih awal dari pusat.



McTheory:
Suara dari rakyat Kedah! Kami mahu bubar dun Kedah!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wajar azizan letak jawatan,kalau dah sampai tahap ni.

Tanpa Nama berkata...

kalau umngok tu umngok juga la

Tanpa Nama berkata...

ai marah nampak....