Isnin, 18 Mac 2013

GEMPAR!! Bukti 30 Ribu Penyokong Pas Kedah Bakal Kalahkan UMNO? #TukarKedah



Mc agak tertarik dengan penelitian blog Medan Tempur dalam himpunan Pas Kedah di Setar Walk pada baru-baru ini. Puak Pas kata depa dah hebat sangat dah!! Betui ka depa hebat? he he..

Biaq betui apa yang aku dengaq ni?? Semua blog pencacai Pas Kedah tulis sampai berpuluh puluh ribu hadir..Huh !! tak agak agak nak tulis pun..Sekali aku tengok dah boleh tau berapa ribu saja yang mai semalam..Tu pun semua yang mai totok totok hijau kelat bukannya pengundi atas pagar..



Meh sini aku nak tunjuk jumlah 30 ribu yang beloger tua Pas Kedah duk merapu tahap bodoh tu..



macam ni 30 ribu orang ??

Lori yang menjadi stage untuk pemimpin pakaton berada betul betul di hadapan pintu masuk holiday villa dan bertentangan dengan kedai paling hujung iaitu Zon Ria..


Manakala kedai Farmasi Guardian adalah barisan terakhir penganut penganut pakaton berdiri..Jarak antara kedai Zon Ria dan Farmasi Guardian adalah 100 meter jika dikira melalui tiang lampu dihadapan kedai tersebut..

Gambar diatas pula pandangan dari tepi


Lihat baris penyokong Pas berdiri betul betul dihadapan Guardian..Gambar dibawah pula diambil dari belakang

30 ribu ??

Lihat betapa dekatnya jarak antara baris belakang dengan stage di hadapan...Banyak ini sajakah penyokong Pas di Kedah??



Gambar ini pula diambil dari hadapan Kedah Zon Ria..Baris melintang adalah baris penyokong Pas berdiri hingga bulatan pada papan tanda bersebelahan Guardian..Bandingkan dengan gambar gambar sebelumnya diatas..


Gambar diatas ini pula lakaran grafik yang menunjukkan jarak dan keluasan tempat himpunan kebangkitan penyokong Pas diadakan dan dibenarkan.. Kalau dilihat pada nombor nombor lot kedai diatas, jarak antara kedai paling hujung iaitu Zon Ria dan lot Kedai yang keenam Guardian adalah 100 meter sahaja..

Kalau difikirkan logik akal, mampukah jarak 100 meter dan lebar 30 meter termasuk kaki lima hotel dan kedai mampu menampung seramai 30 ribu orang???

Inilah buktinya beloger tua Pas Kedah bodoh tak sudah.. Terpaksa bohong sebab nak cover program FAIL ni..

Mai sini aku nak tunjuk gambaq manusia ini yang sampai sudah tak mengaku beloger Pas Kedah ..
Jeng jeng jeng

hang cari angle bagi nampak ramai tau

Zul ya sedang memberi arahan kepada orang suruhannya untuk mengambil gambar orang ramai..(kalau hangpa tak caya pi la buka blog dia tengok angle yang dia ambil tu..

budak ni berjaya snap gambar aku

Bandingkan kedua dua gambar ni..Sama tak kedudukan antara budak laki dalam bulatan dan pak cik berbaju kuning tu dengan jurufoto upahan zulya ??

gambar dari bloger tua Pas Kedah

Bukan susah pun nak cari budak budak beloger Kedah ni.. Tapi macam biasalah sampai sudah dia tak mengaku dia tu beloger..Kepada Zulya jangan khuatir, banyak lagi bukti bukti ada dalam simpanan aku..Heh

Bagi aku, himpunan ini bukannya untuk rakyat tapi hanya untuk lihat kekuatan Pas di kedah sahaja..Kalau macam ni punya sambutan, Umno Kedah tak heran pun..Nak heran apanya kesemua yang hadir memang penyokong Pas bukannya pengundi atas pagar..Lihat pada pakaian pun dah tahu betapa pekatnya mereka..


Sambung baca di Medan Tempur.

Kah kah kah.. sekali lagi Pas Kedah kantoi dengan permainan bodoh mereka sendiri. Agak-agak la nak tipu pun. Apa Pas memang diajar menipu untuk menangkah? Zul Ya oii.. mai jumpa Mc la kalau nak belajar taktikal Perang Cyber, kesian ahh tengok. Takpa tak payah bayar.. kah kah kah.. kesian tengok troopers Pas Kedah terhegeh-hegeh belajar spin gambar dan isu.

Berlongok-longok Pas Kedah habiskan duit kat blogger dan troopers depa, tapi tetap gagal! Kesiann kesiann.. betul lah orang kata, duit tak jamin kemenangan, hanya doa dan kebijaksanaan saja mengatasi segalanya.

Tapi apa pun Mc respect Pas Kedah sanggup bantu blogger depa, UMNO Kedah? takmau komenlah, nanti kena marah lagi!! ha ha ha..


McTheory:
Tunggu lepas PRU, kita tengok, langit tinggi ka rendah!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LIKE..LIKE..LIKE..

Tanpa Nama berkata...

la,patutla aloq staq jammed teruk aritu....puak2 ni dekat 300 ribu orang...

Tanpa Nama berkata...

ramainyaa... ramai gilooo...

Tanpa Nama berkata...

tanda-tanda nak kalah..

Kekuda berkata...

apa alasan mereka nanti bila kalah pilihanraya?

AloQStaQ berkata...

Terbaek bro.

tapi hang silap la. depa kata 30ribu tu termasuk yang dok dalam mcdonald, dalam bangunan city plaza 4 tingkat tu, dalam hotel, dalam perpustakaan awam sebelah tu termasuklah dalam kereta lalu lalang. gila ghamai woooo !

Satu lagi, aku dengaq blogger depa kata, ikutkan majlis tu nak stop pada 5ptg, tapi kena hentikan awai sebab hari nak hujan.

Hmmm ....

DS Najib pegi kelate dua-tiga hari lepas, hujan ribut lepas dia berucap, puak PAS bikin isu. Hat ni depa tak mau bikin isu jugak ka? sebab hari tu pun (sabtu) hujan lebat + angin kuat jugak !

jadi, benda tu biasa la cuaca, kerja buat Allah. Bukan kerana majlis atau apa2 yang berlaku. Hukum Alam adalah tertakluk di bawah Kuasa Allah. Bukan hak kita untuk menghuraikan DS Najib pegi kelate tu alam pun marah kat dia. buduh punya puak pas!


AloQStaQ
senayan:18March13:>> 3:23ptg

McTheory berkata...

Terima kasih bro, sebab komen.. sokong apa bro AloqStaq kata tuu..