Jumaat, 8 Mac 2013

HOT INFO! Saiful Dedahkan 'Bapanya' Diperguna Orang Tertentu!



Sebenarnya Mc tak terkejut pun dengan kenyataan bapak Saiful si Azlan tu. Memang dah jangka si Azlan akan belot kalau ditawarkan duit. Sebab dari dulu lagi si Azlan tu nampak sangat mata duitan!

Apa sangat la yang si Azlan tu tahu, sebab yang kena liwat anaknya si Saiful. Tapi dia pulak pandai-pandai buat kenyataan konspirasi. Memang dasar tak punyai maruah. Senang dibeli dengan duit.

"Bapa saya telah diperguna. Saya tetap istiqamah dan saya tidak sekali-kali akan berganjak serta saya tengah fikir tindakan balas selanjutnya. Saya tak mahu melatah." 


Kes Liwat II yang membabitkan Saiful Buhari Azlan dan juga ketua pembangkang kini sekali lagi hangat diperkatakan berkutan kenyataan yang telah di keluarkan oleh bapanya Azlan Mohd Lazim sebentar tadi.


Dalam kenyataan terbaru yang telah di keluarkan Azlan, bapak Saiful yang kini sedang hangat di perkatakan didalam beberapa blog, antaranya dia ada menyatakan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab untuk memfitnah Anwar Ibrahim dalam sidang medianya.

Walaubagaimana pun ia telah dinafikan sendiri oleh Saiful Bukhari dengan menyatakan bahawa ayahnya Azlan Mohd Lazim telah di beli oleh pihak tertentu untuk menafikan tuduhan keatas ketua pembangkang itu.
Dalam kenyataan Saiful sebentar tadi beliau beliau berkata ”Bapa saya telah diperguna. Saya tetap istiqamah dan saya tidak sekali-kali akan berganjak serta saya tengah fikir tindakan balas selanjutnya. Saya tak mahu melatah.” katanya menerusi SMS.

Kita rakyat Malaysia mahu Azlan bersumpah laknat, seperti mana Saiful pernah buat didalam masjid sewaktu ketika dahulu.

McTheory:
Suruh sekali Anwar bersumpahh!! ada bran?

Tiada ulasan: