Selasa, 5 Mac 2013

INFO TERKINI! Operasi Pengeboman Selesai, Masuk Operasi Pembersihan Kedua!! #Pray4Sabah


Serangan peringkat pertama telah berjaya! Boleh rujuk kat SINI

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

Peringkat pertama serangan pihak PDRM dan ATM pagi tadi bermula dengan serangan Bom yang dilancarkan TUDM melalui jet pejuang.

Kini fasa kedua apabila UAV (Unmanned Air Vehicle) commonly knows as a drone digunakan bagi melihat kemusnahan lokasi musuh yang telah dibom bagi membuat susulan yang selanjutnya. Pesawat UAV ini merupakan pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang.

Apabila pantauan dibuat selesai oleh UAV, misi pasukan VAT 69 PDRM akan masuk menggempur musuh dan menghabiskan saki baki penceroboh. Manakala RMD akan membuat backup.

Kerjasama antara ATM dan PDRM ini setakat ini berjalan lancar dan memberikan impak yang cukup ketara dalam misi selamatkan negara.

Laporan kematian pihak musuh belum lagi diperolehi dan dijangkakan akan diketahui selepas selesai UAV membuat intipan.

Insyallah nantikan update seterusnya.

Doakan anggota keselamatan negara selamat berjuang!


McTheory:
Pertahankan Kedaulatan Negara, Negara Malaysia Negara Berdaulat!

9 ulasan:

pemerhati berkata...

Salam saudara, maklumat ini tak perlu disebar buat masa sekrg. Ip dari filipina byk layari. Jgn berikan maklumat yg boleh membantu pengganas di sana.

Tanpa Nama berkata...

la..bangla mano pulak tolak drone tu?

Tanpa Nama berkata...

KAU NI PRIHATIN SANGAT BUKAN BANGLA TU BANG NUAR ,,,LEPAS BUNUH POLIS DIA SPIN BUNUH LANUN,,,,NILAH KOJO NUAR

Tanpa Nama berkata...

Gambaq uav drone kat langkawi tuh....

Tanpa Nama berkata...

Mac, betui kata Pemerhati10:33pg. Blackout dulu info dan update. bukan kita geng baik saja yg cari info, geng jahat jugak dok cari nak update kengkawan depa kat sana.

Tanpa Nama berkata...

Allah jualah sebaik perangcang & pelaksana. Intan surullah, intan surukum..

Tanpa Nama berkata...

Maklumat begini amat bahaya disebarkan. Jgn sekali kali memaklumkan apa -apa tindakan dan pergerakan tentera . Kita tidak tahu kebolehan musuh.
Kita bukannya nak mengulas permainan BOLA SEPAK. Ini melibatkan Nyawa dan keselamatan tentera.

Tanpa Nama berkata...

Ya betul kata si pemerhati tu....
Tuan punya blog ni belum pro, hu hu

Tanpa Nama berkata...

Hu hu kejam!!! Aktiviti kaum suluk group abu sayap (ASG) di Basilan diketuai oleh Albadil Parad. Kelar leher orang tagalog macam sembelih ayam... Kalau ada duit diorang lepaskan. Jika tiada, selesai!
Dalam video ni si mangsa orang tagalog x faham bahasa suluk manakala orang suluk pandai bahasa tagalog. Begitulah yg di ceritakan oleh seorang kawan yg bluetoth aku video ni berbangsa suluk berasal dari basilan. Suluk dengan Tagalog ni ada sejarah lama dan sejarah tulah sebab diorang jadi begini.
Dendam dari zaman nenek moyang...
Haaa....korang kena hati hati dgn kaum suluk@tausug atau sulu kerana mereka ada sifat untuk berdendam seumur hidup mereka. Membunuh adalah perkara biasa bagi mereka.... hu hu

Sila download video 3gp

www.mediafire.com/?5nghabdzlwzvwa9