Ahad, 17 Mac 2013

PANASS!! Ketua Pemuda UMNO Seputeh @RazlanRafii Serbu Pejabat Chegu Bard!!



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berang dengan tindakan SAMM yang bertindak jahat menconteng dan melakukan tindakan provokasi keatas banner UMNO Bahagian Seputeh. Beliau telah membuat laporan polis dan bertemu sendiri dengan Chegu Bard untuk memberi amaran terakhir.

Gambar-gambar laporan polis dan Razlan serbu ke pejabat Chegu Bard ada kat bawah,








Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh menggesa pihak Polis menyiasat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) yg dipercayai menjadi dalang sabotaj pejabat gerakan itu di Taman Desa di sini pada Ogos dan Januari yang lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pejabat tersebut pernah beberapa kali disabotaj iaitu ditampal dengan poster Asalkan Bukan UMNO (ABU) serta diseber cat bertulis #KL112.

Katanya dalam pertemuan beliau bersama Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin di luar pejabat SAMM semalam, beliau turut menemukan beberapa bungkusan poster yang diletakkan berhampiran premis tersebut dipercayai poster sama ditampal dalam kejadian sebelum ini.

"Saya mendapat maklumat Badrul Hisham atau Chegu bad akan mengadakan sidang akhbar di pejabat mereka di Taman Desa.

"Setibanya di situ, saya dan beberapa kawan saya tidak dibenarkan masuk. Namun kami bertemu dengan Chegubard dan memberitahu beliau agar jangan lagi mensabotaj pejabat kami. Kami sempat melihat bungkusan ABU yang ditampal di pejabat kami diletakkan di atas tangga ke pejabat mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Turut bersama beliau, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Badrul Ezam Mohd Yusoff. Menurut Mohd Razlan, Chegubard mengakui mencetak poster² terbabit namun menafikan melakukan perbuatan sabotaj pejabat UMNO Seputeh.

Katanya ekoran kejadian itu beliau membuat laporan di Balai Polis Brickfields agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

"Kami mahu tindakan diambil terhadap dalang yang melakukan kemusnahan harta benda di pejabat kami," ujarnya. - KL - Chronicle

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala shiannye die..banner kene conteng plak..jgn nangis k, g ngadu kat polis k