Jumaat, 22 Mac 2013
PANASS!! Selepas Krisis #LahadDatu, Krisis Bakal Berlaku di Utara Malaysia!
Sebelum ini kita tak pernah sedar atau terfikir Sabah (Lahad Datu) akan diceroboh oleh militan Sulu yang mengaku tentera dari Kesultanan Sulu. Malah kita tidak pernah menyangka akan Lahad Datu menjadi zon perang dan ada anggota keselamatan yang akan tewas.
Semua ini ada cerita disebalik cerita, konspirasi bertindan yang menguntungkan pihak pembangkang. Ada maklumat yang mengatakan, kumpulan penceroboh tersebut sebenarnya menunggu parlimen Malaysia untuk dibubarkan dahulu, kemudian barulah mereka menyerang.
Akan tetapi mereka gagal, apabila parlimen masih tidak dibubarkan dan kehadiran mereka yang bersenjata dapat dikesan oleh anggota keselamatan.
Kemudian terjadilah krisis di Lahad Datu, berpanjangan sampailah sekarang.
Semua ini berpunca apabila Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia secara sulit bertemu dengan Nur Misuari. Buktinya gambar dibawah,
Selepas dua bulan pertemuan tersebut, tentera MNLF yang diketuai oleh Misuari, menceroboh masuk ke Sabah sambil mengaku mereka pulang ke tanah air mereka sendiri. Bila disoal kenapa, mereka kata ada 'orang dalam' negara kita yang offer Sabah menjadi tanah Sultan Sulu.
Siapa yang offer tu?
Kemudian, ada laporan yang mengatakan Anwar Ibrahim ke Selatan Thai untuk berjumpa dengan kumpulan militan disana pula. Apakah dia merancang benda yang sama?
Jikalau militan Filipina sudah menceroboh kita, apakah selepas ini kita menanti satu lagi kumpulan militan dari Selatan Thai, menyerang Kedah atau Kelantan?
Sama-samalah kita berdoa!
McTheory:
mereka menyerang setelah parlimen dibubarkan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Ketua komunis dalam buangan kot yang ader kat selatan thai..
bahaya gak nih...sebab nye Mat Syabun kan rapat dgn Chin Peng...mgkn diorang nih dah ada plan nak tuntut Kedah atau Kelantan atas nama kesultanan Siam gamak nye...
semuanya sebab anwar celaka!!
Memg ada prkampungan bekas komunis d padang besar. Sy penah ke sana..atas urusan kerja. Suasana memg agak lain dr prumahan bangsa Cina yg biasa seluruh negara. Tp harapnya telahan sy ni tidak benar.. Allah selamatkan la Malaysia dr mala petaka..
Apa yang berlaku dilahad datu(kg tanduo) tidak mustahil berlaku diutara malaysia.perlakuan sejarah didua kawasan tersebut hampir sama.kesultanan sulu pernah menguasa wilayah utara sabah.kesultanan petani pernah menguasai utara malaysia(kedah perlis dan kelantan)dikatakan masih terdapat waris2 kessultanah petani.kita pernah terdengar kunjungan pemimpin2 parti pembangkang kewilayah selatan thai utk berjumpa dgn bekas2 ketua PKM.perisik2 kita tentu lebih arif ttg ini.kalau bg tujuan gantung pilihan raya di kedah dan kelantan agak mustahil kerana disitu adalah negeri tadbiran PR tp utk mengalih maklumat yang mengatakan anwar terbabit dlm serangan di kg tanduo dan utk mengantung pilihan raya ada juga logiknyakerana takan mereka nak haru harakan negeri dibawah t5adbiran mereka).mereka boleh melakukan apa saja yang tidak terfikir oleh otak yang rasional.polis dan tentera melalui SB dan MIO perlu bersiap sedia utk mendapat maklumat yang lebih terperinci.PR telah menerima tentangan yang hebat dari rakyatkes tian chua)
,jadi dari tidak dpt menakluki putrajaya lebih baik PRU digantung.
Aku rasa, pihak keselamatan kita memang dh bersiap sedia selepas krisis kat lahad datu sbh.. sempadan2 sblh utara, mcm klantan, perlis dll dh tentu ada dlm list pihak keselamatan kita.. mungkin dulu kita anggap pencerobohan pengganas asing mustahil brlaku kat m'sia, tp setelah lahad datu kena attack, kerajaan telah reinforced pasukan keselamatan jd lbeh kuat dn efisien dr dulu.. tiap2 musibah pasti ada hikmahnya.. itu bkn aku yg ckp, Nabi SAW yg ckp..
Pecah rumah pun salah anwar jg ker
Catat Ulasan