Jumaat, 1 Mac 2013

TERKINI!! Konflik Lahad Datu, Tentera Malaysia Mula Melepaskan Tembakan!


Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.

Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.

"Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri," kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: "Oras na ito (pada waktu ini)."

Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.

Temu bual itu kemudiannya terputus.

Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.

"Meron na (Terdapat anggota yang cedera)," katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.

Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:"Ewan ko (Saya tidak tahu)."

Kumpulan pemberontak itu menceroboh Tanduo di sini sejak 9 Februari lalu dan enggan meninggalkan kawasan berkenaan walaupun kawasan tersebut telah dikepong oleh pasukan keselamatan negara tiga hari kemudian.

Mstar.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tentera Sulu ni bernasib baik kerana Kerajaan Malaysia , Polis dan Tentera Malaysia banyak bertolak ansur dan berhemah dlm menangani isu ini...Klu di negara lain agaknya ...dah hancur lebur dah!...Kedaulatan negara wajib dijaga...Penceroboh mesti diusir, jika berdegil sewajarnya tindakan keras harus diambil...Rakyat menyokong tindakan kerajaan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Yup kita sokong tindakan keras!

Tanpa Nama berkata...

Kasi bom 1x... Suka2 je croboh ngara kita..panas tul ati aku ni...

Abg Botak berkata...

Kin panas ni pnceroboh.........kasi mati jak

Tanpa Nama berkata...

peluang sudah diberi,pintu rundingan dah dibuka,xmau?xmau juga depa saja cari pasai..

Tanpa Nama berkata...

aku pun sokong atm.kasi mati jak ba durang tu.kami di sabah ni ketakutan sudah ba.kasi abis jak semua durang tu.takziah buat anggota atm yg terkorban

Tanpa Nama berkata...

kerajaan malaysia sudah beri peluang pada penceroboh tu untuk keluar dgn cara baik tp ditolak.memang patut pasukan keselamatan mengambil tindakan tegas lebih lebih lagi ade anggota keselamatan terkorban,,,mari kita doakan keselamatan anggota keselamtan kita dan semoga mereka berjaya menghapuskan semua penceroboh tu kerana malaysia adalah negara yg berdaulat....