Ahad, 24 Mac 2013

TUDIAA!! Bila Ayahanda Tun Dr Mahathir Kata Anwar Pengecut!



Bila kita tengok si Anwar ni berceramah, seolah-olah dia yakin gila dia boleh menang. Malah baru-baru ni ada mangkuk dari Pakatan kata, mereka akan menang di 9 negeri.

Kalau dah yakin boleh menang di 9 negeri, dah tentu hebat aura si Anwar ni. Tapi hairanlah pula bila Anwar nak angkat kaki dari kubu kuatnya ke tempat lain.

Anwar Ibrahim kata bahawa dia mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini, menunjukkan keyakinan dia terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."

"Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.

Kenapa Perak? Apakah Anwar nak lari ke kawasan yang ramai pengundi cina? Anwar yakin cina akan support Anwar? Anwar tak takut Dap 'sailang' Anwar di kerusi ramai pengundi cina dan menyebabkan Anwar tersungkur? he he..

Ohh lupa la pulak, Anwar lebih percayakan Dap dari UMNO, betul tak?

McTheory:
Biasa la Pas pun kata Dap lebih ISLAM dari UMNO.. he he..

P/s: jangan lupa PM Tersayang ada kempen baru Jom Bertindak nak tau apa KLIK SINI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang anwar pengecut gila, sikit2 lari ke kedutaan, ada ancaman bunuh. sapa nak bunuh lu?

Tanpa Nama berkata...

Aku pasti tak ramai cina racist dan pelampau macam cina dap. Ramai rakyat malaysia melayu , cina dan india yg sokong prosperity dan stability. BN akan menang besar