Mc mewakili sahabat-sahabat dalam Team Media Kedah sudah berikrar akan menyokong sesiapa jua calon Barisan Nasional di Kedah, hatta di seluruh Malaysia. Kami setia pada parti, kami orang parti dan bukan orang pada mana-mana pemimpin. Kami tak peduli siapa calon yang dipilih oleh DS Najib Razak, kami akan berikan sokongan 1000% dan berjanji akan memenangkan beliau.
Sokongan kami kepada parti tidak berbelah bagi, ikrar kami pada Ulul Amri pimpinan parti tidak pernah kami ingkar dan persiakan. Malah kami berjanji akan membongkarkan parasit parti yang cuba untuk sabotaj calon BN yang telah dipilih oleh pimpinan parti.
Kita telah berjuang selama 4 tahun di alam maya, menepis fitnah dan menyerang pembangkang. Tiba masa untuk peperangan sebenar, tunjukan kekuatan, tunjukan segala senjata yang kita ada.
Kami juga berharap rakan blogger dan troopers Kedah yang lain akan mengikut jejak langkah kami ini. Perlu diingat PRU 13 kali ini bukan perkara mudah dan main-main, ia menentukan nasib rakyat Malaysia samaada kita hancur ditangan pengkhianat negara, atau kita terus maju kehadapan.
Nasib Islam dan bangsa Melayu juga bergantung pada PRU kali ini, andaikata kita kalau kalah!.. Nauzubillah, nescaya Islam dan Melayu akan tergadai ditangan-tangan pengkhianat negara. Berdoalah supaya kita diberi kekuatan untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Kami Team Media Kedah melapor diri untuk Bersatu, Bersedia, Berkhidmat!
4 ulasan:
BIAR OBJEKTIF DALAM APA JUGA PERJUANGAN.
Ini syarat-syarat untuk calun dari blogger MR.
Bakal-bakal calun hanya baru dicalunkan bukan lagi menang bertanding. Nothing to be excited about.
Ingatan pada calun:
1) Jauhkan hasad dengki be friend to everybody.
2) Jauhkan dendam kesumat dah dicalunkan pun besar dah rahmat.
3) Pakat elok-elok DUN dan Parlimen.
4) Ingat jawatan adalah amanah bukan untuk ego, anggkuh dan besar diri.
5) Rakyat perhati anda kalau rasa hebat jangan jadi wakil rakyat.
Inilah hasrat semua rakyat bukan setakat blogger.
The moment you all fail all this we are not hesitate to hentam.
BEWARE!!!!
SAYA AKTIVIS PENDANG JR IKRAR SOKONG SESIAPA SAHAJA CALON PILIHAN PM DAN AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN UNTUK PRU13 , HIDUP BN ALLAHUAKBAR !!!!
Menanti senarai penuh calon2 kedah nie...tuan tanah nnti kluaqkan noh..
saya menyokong siapa sahaja yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Alif Ba Ta.
Catat Ulasan