Rabu, 3 April 2013

PANASS!! Kedah Tangguh Bubar DUN? #TukarKedah #TolakPAS


Sory lambat update, line internet kat Kedah ni terhad, ada sesetengah tempat hanya GPRS saja pun. Nampaknya kita kena tukar Kerajaan Negeri untuk update sikit kita punya line internet ni.. hehe..

ALOR SETAR 3 April - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah belum dapat dibubarkan hari ini kerana beliau terlebih dahulu perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, esok.

Azizan berkata, beliau akan menghadap Sultan Kedah itu di Istana Negara di Kuala Lumpur mengikut waktu yang ditentukan oleh baginda untuk mendapat perkenan membubarkan DUN.

"Selepas menghadap baginda, saya akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Bukit pula dan kemudian membubarkan DUN selepas diperkenankan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Azizan berkata, Kedah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan pilihan raya umum serentak dengan Parlimen selepas dibubarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 11.30 pagi ini.

Pembubaran DUN itu bermakna pilihan raya bagi 36 kerusi DUN akan diadakan serentak dengan 15 kerusi Parlimen. - UTUSAN

Tiada ulasan: