Khamis, 4 April 2013

PANASS!! Kesian Melihat Penderitaan Pelajar KUIN Di Sepak Macam Bola!! #TukarKedah #TolakPas


Tak ramai orang tahu penderitaan pelajar KUIN ni. Tempohari si Kamera Kupang beritahu Mc mengenai perkara ini. Mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya penting!

Gambar kiriman menunjukan 4 buah Bas yang digunakan untuk mengangkut pelajar KUIN yang ditempat beberapa penginapan di Daerah Baling. Bayangkan pelajar-Pelajar tersebut terpaksa melalui jarak perjalanan dari tempat penginapan di Baling ke Kuala Ketil hampir 45 minit.

kasihan sungguh mengenangkan nasib mahasiswa yang memohon untuk menginap asrama di Kuala Ketil namun sehingga kini asrama di Kuala Ketil belum-dapat disiapkan walaupun Jamil hanya berjanji 4 minggu sahaja dan kini dah masuk lebih 2 bulan asrama pelajar gagal disediakan dalam kampus KUIN.

Apa yang malangnya, pada hari ini semua mahasiswa yang menginap di asrama sementara di Sedim Kulim dan PLKN Baling dipindahkan pula buat kali ketiga ke SMA Yayasan Khairiyah baling.


Sebelum ini mereka dipindahkan ke Jitra kemudian ke PLKN Baling dan Sedim Kulim, kini penempatan mereka di asrama pelajar Yayasan Khairiah Baling.

Dalam insiden hari ini, apabila pelajar somalia tiba dan melihat penginapan yang terdapat di yayasan KHairiyah mereka memberontak seolah-olah mereka ditipu kerana perkhidmatan keselesaan dan kemudahan amat jauh berbeza. Mungkin disebabkan ketakutan dan bimbang pihak pelajar warga asing membuat laporan ke KPT, lantas pelajar dari Afrika itu terus dipindahkan dengan sebuah bas ke sebuah lokasi penginapan yang lebih selesa bertaraf chaley/motel di Baling.


Persoalan, bagaiman nasib anak bangsa dan warganegara kita. Adakah dengan sebab mereka tidak memberontak mereka harus patuh dengan perpindahan yang mengganggu sesi pengajian mereka ? Zalim sungguh .....

Jangan buat pelajar macam bola,tak kesian kat pelajar ka? Bayangkan kalau anak-anak kita ditempat pelajar-pelajar tersebut, macam mana agaknya? Setiap hari terpaksa menempuh perjalanan sejauh 50KM untuk pulang ke asrama masing-masing, jauh tuu..

Selepas musim cuti persekolahan tamat, kemana pelajar KUIN ini akan di pindahkan pula ? kerana Asrama di Yayasan Khariah akan digunakan oleh pelajarnya sendiri.

McTheory:
Buah khemah tidur dalam hutan kot??

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAR Yayasan Khairiah Kupang tu tempat TERNAK ostad & ostazah PAS jugak.. sekolah totok PAS, tmpt Dato Najmie PAS tu..

asrama dhoif sekolah tu diberi pd mahasiswa KUIN.. PAS buat apa pun tkpa.. klu UMNO buat mau meletop dh masuk Al-Jazeera..

Tanpa Nama berkata...

Cuba hangpa p tgok kemudahan yang ada kat Universiti Malaysia Kelantan. Baru hangpa tau. X yah banding jauh. Ambik UMK Kampus Jeli dah la. Sebilik kecik nk mampus sumbat 4 org. Belajar pulak ramai2 dlm dewan serbaguna. Situ la main takraw,badminton,tarian situ la semua. Asrama laki x siap lagi. Surau yg Najib bg 1 juta tahun lepas pun x nmpk rupa... Internet pun cam siput. Bas pun ada sebijik. Nk solat jumaat pun susah... X tau la knapa kerajaan persekutuan anak tirikan budak2 umk