Sabtu, 4 Mei 2013

TUDIAA!! Mari Kita Sokong dan Undi Pakatan Rakyat di Kedah!! #TukarKedah #SaveKedah

Saja bubuh gambar sidang dun, buat kenang-kenangan..

Sebenarnya Mc insaf bila baca manifesto Pakatan Haram. Mc tak sangka selama ini Pakatan Haram memperjuangkan nasib rakyat. Rakyat tentu gembira bila membaca manifesto Pakatan Haram ni. Bukan apa, dengan manifesto Pakatan ni, kita dah tak payah nak bekerja kuat sangat, sebab banyak barang yang diberi percuma.

Kalau Pakatan Haram memerintah, kita tak payah nak beli broadband lagi dah, kita tak payah nak topup broadband lagi sebab depa dah bagi WIFI percuma tu! Celcom, Digi, maxis, tunetalk dan TM  bole tutup kedai, nak jual apa lagi kalau semua dah percuma.

Lepas ni dari Kedah, nak pergi KL bawa rm100 saja pun dah cukup. TOL dah takdak, minyak murah, silap-silap RM100 tu cukup untuk makan nasi ayam lagi! Kalau TOL tutup, pekerja TOL nak kerja apa? Lantak la pi la kat depa. Janji TOL free..

Jika kereta rosak, jangan baiki beb, beli je baru, harga murah 50% diskaun harga kereta!! Maknanya, harga kereta VIOS dari 70k tinggal 35k. Pehh.. tapi kalau kita baru beli kereta Viva yang hutang 9 tahun lagi. Harga kereta yang kita pakai tu jadi berapa? Kalau beli 30k tinggal 15k harga kereta tu.

Baru beli kereta dah hilang harga, monthy payment kena bayar sama. Kalau nak trade in, tak laku, nak kena bayar tambah lagi. Apa nak buat dengan Viva ni? Buang masuk sungai ka? Takpa janji harga kereta murah.

Gaji minimum, RM1100. Memang hebat, aci basuh pinggan kedai mamak pun gaji RM1100. Sedangkan selama ni gaji aci cuma RM600. Tu baru aci, belum kena pekerja kilang. Jika satu kilang mempunyai 500 pekerja. Selama ini gaji mereka hanya RM800. Tiba-tiba gaji minimum naik ke RM1100. Berapa banyak mereka kena tambah kos pekerja?

Pendapatan kilang tetap sama, tapi kos pekerja naik. Jika ikut logik, kilang akan kurangkan pekerja untuk kurangkan kos pekerja. Cuba bayangkan berapa ratus orang akan hilang pekerjaan? Itu baru satu kilang, belum termasuk kilang-kilang yang lain. Jangan-jangan nanti, anak kita pula yang akan menganggur!!

Ada lagi satu perkara best, anak-anak Mc, bila besar nanti, tak payah nak kumpul duit untuk pendidikan lagi dah. Sebab Pakatan dah janji nak bagi pendidikan percuma, dari masuk tadika sampai Universiti, semua percuma!! Memang tak payah fikir lagi pasal sekolah. Terbaik laa.. tapi gaji-gaji cikgu nak bayar dengan apa?

Gaji pensyarah, profesor, cikgu besar, tukang kebun, makcik cleaner, nak bayar pakai apa? Ohh lupa, Kerajaan Pakatan Haram akan 'handle' semua perkara tu. Tak payah risau, janji kita dapat percuma sudah la. Mampus pi la kat cikgu-cikgu tuuu..

PTPTN dah mansuh!! Bagus, tak payah bayar lagi PTPTN tuu.. buat semak saja. Lepas ni, pendidikan percuma, buku-buku, alat tulis, duit poket untuk makan, duit sewa rumah, duit minyak motor pergi kelas, semuaaanyaaaa.. percuma kannnn? Soo bila PTPTN takdak, berbahagialah semua mahasiswa semua.

Belajar pun boleh main-main, boleh beli kereta dengan duit percuma tuu. Kena buang universiti? Takpa, tak payah bayar apa-apa, semuanya percuma. Apply universiti lain pulakk, dapat lagi duit. Lepas tu, berenti lagi, belajar main-main sampai tua pun OK, sebab duit biasiswa seumur hidup tuu.

Cuma Mc pelik, satu saja yang masih kena bayar, iaitu tandas awam. Bila Pakatan nak masukkan janji tandas percuma untuk rakyat seluruh Malaysia? Beban tu kena bayar 30sen. Rakyat akan susah dan sengsara sebab 30sen nanti. Mc harap, pada manifesto yang akan datang. Pakatan pertimbangkan permintaan ini!!

Cuba bayangkan Pakatan buat poster, berak dan kencing percuma untuk seluruh Malaysia!! Yeahh terbaikk!! he he..

Tapi bila difikirkan balik, semua janji tu boleh percaya ke?

Kat Selangor kata nak bagi tadika percuma pun tak bagi pun. Nak bagi wang saku untuk setiap surirumah, sampai sekarang tak dapat. Air percuma kat Selangor memang ada, tapi airnya pula selalu takdak, bila buka paip yang keluar angin. Percuma pun tak guna kalau takdak air!!

Kat Kedah pula, Kolej Universiti Insaniah milik kerajaan negeri, yuran makin mahal. Buat kampus baru kat Kuala Ketil, tanpa asrama dan masjid. Pelajar nak tidur mana? Nak sembahyang kat mana? Dulu janji nak bagi parking percuma, tapi sampai sekarang dok kena bayar. Lepas tu janji nak kurangkan cukai, tapi tahun ni dah berapa peratus cukai tanah naik kat Kedah ni?

Kat Kelantan pula, pelbagai janji dan batu asas kononnya nak buat projek mega. Tapi sampai sekarang apa pun tak jalan. Komplen kata Kerajaan buat lebuhraya ada TOL. Tapi kat Kelantan lagi menarik, nak buat lebuhraya depa kutip derma, lepas dua tahun derma masih lagi dikutip pada rakyat. Tapi lebuhraya, baru naik batu asas dan pecah tanah.

Derma dah berjuta-juta, tapi projek tak jalan. Kalau Kerajaan BN buat TOL, kita guna lebuhraya baru kutip duit. Tapi Kelantan, belum buat lebuhraya pun dah kutip duit kat rakyat! Memang betul-betul Kerajaan Berkebajikan ni!!

Ini baru beberapa contoh yang Mc bawa untuk tatapan pembaca. Soo untuk kali ini, boleh ke kita percaya lagi dengan semua janji depa? Kalau janji dulu pun depa tak tunaikan?

Fikir la elok-elok..

P/s: Janji memang senang buat, tapi untuk tunaikan tu, belum tentu kot..


McTheory:
orang gila pun susah mau percaya looo..

4 ulasan:

Prince Righty I berkata...

Bila pulak Pakatan tak bagi air percuma? Dia bagilah... tapi waktu takdak air jelah... bila takdak air, tiba2 lori air datang, ada banner- 'Air percuma dari kerajaan pakatan rakyat'... haha... mcm harem...

Tanpa Nama berkata...

Haha..terbaik...duk fikiaq..kereta second hand rafizi nk buat tukun bela ikan..

sangabe berkata...

Saya picaya ini janji ada betul punya janji!

anak omar. berkata...

Orang yang bodoh dan bahalol saja yang tak nak barang percuma.Orang2 yg ada kepentingan saja yg suka pada peyelewingan...