Isnin, 10 Jun 2013

HOT INFO! UMNO Kedah Akan Di Rombak Semula!


BN Kedah perlu disusun semula oleh Dato Paduka Mukhriz, sekarang ni UMNO Kedah masih lagi belum tersusun secara rasmi bila Mukhriz menjadi Menteri Besar. Sudah tentu akan ada perubahan di dalam bangunan UMNO nanti.

Lama tak dengar cerita Tok Bashah, sejak dari Timbalan Menteri ni terus menyepikan diri.

ALOR SETAR: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, demi memastikan kemenangan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14.

Ahmad Bashah yang berharap Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mengambil alih jawatan itu, juga menyatakan kesediaan membantu Mukhriz bagi memastikan BN terus memerintah Kedah.

"Kebiasannya menteri besar yang akan dilantik dan pegang jawatan pengerusi yang baru supaya segala perjalanan politik parti akan berjalan dengan lancar.

"Saya akan cuba bantu penerusi baru dengan baik bagi mempertahankan Kedah pada PRU-14 akan datang. Itu perkara paling penting kerana kita tak mahu kalah seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Kesyukuran BN Parlimen Alor Setar, di sini Ahad.

Beliau berkata, bagaimanapun keputusan mengenai pengerusi yang baru akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah memberitahu berdasarkan analisis pilihan raya umum yang lalu, didapati berlaku penambahan undi BN daripada semua kaum.

"Jumlah pengundi berdaftar yang keluar mengundi di Kedah adalah seramai 1.041 juta orang, kaum Melayu sebanyak 801,358 undi, Cina sebanyak 157,962 undi, India sebanyak 66,000 undi dan kaum lain sebanyak 16,000 undi," katanya.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi daripada anggota Umno ialah 95 peratus,kaum Melayu atas pagar (50 peratus), pengundi muda (50 peratus), pengundi India(65 peratus) dan pengundi Cina lima peratus.

"Jumlah pengundi muda meningkat sebanyak 30 peratus jika hendak dibandingkan pada 2008 lalu dan ini menunjukkan segala manifesto yang dijanjikan oleh Perdana Menteri diterima baik oleh pengundi muda," katanya.

Beliau berkata, bagi mendapatkan semula kepercayaan terutama daripada kalangan pengundi Cina, perancangan di peringkat kebangsaan, negeri dan pusat akan dibuat mulai sekarang. - BERNAMA

Jentera UMNO patut  digerakan sekarang, pelan untuk PRU ke 14 juga perlu dibuat secepat mungkin dan mula dari sekarang. Kalau dok tunggu atau buat kerja macam dulu, Mc percaya, kita akan kehilangan Kedah, hatta Malaysia sekaligus.

McTheory:
Sebelah sana tak pernah rehat.. sentiasa memfitnah..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semestinya jawatan Pengerusi Perhubungan disandang oleh MB. Maka itu tiada alasan untuk Ahmad Bashah tidak menyerahkan kerusi itu kepada Mukhriz. Sebelum PRU pun Ahmad Bashah sudah tahu yang jika BN merampas kembali Kedah, dia tidak akan dapat menduduki kerusi MB Kedah. Ini kerana Ahmad Bashah dari keterunan mamak. Bapa beliau dikenali di Kedah dengan pangilan mamak Hanifa.Dan 1 lagi ialah kerana jawatan MB Kedah adalah satu satunya peluang untuk Mukhriz bertapak jauh dalam UMNO. Ini kerana setelah gagal untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda, Mukhriz sudah tidak punya apa2 jawatan dalam UMNO diperingkat pusat walaupun dilantik menjadi Timbalan Menteri.Semua yang itu adalah kerana campur tangan bapanya. Tun mahu menonjol anaknya untuk menjadi pemimpin perlapis dan unutk menjadi PM. Cita2 Tun untuk anak nya amat tinggi. Maka itu Tun akan terlibat dalam politik Malaysia khususnya politik UMNO sehingga cita2nya tercapai atau dia sudah tidak bernyawa.Tidak seperti bekas2 PM yang melepaskan kedudukan mereka dan tidak lagi bergiat aktif dalam politik. Tun akan pastikan musuh politik anaknya berkubur iaitu Khairy. khairy adalah penghalang utama Mukhriz . UMNO rosak adalah kerana ketamakan Tun Mahathir. UMNO diharamkan oleh kerana Tun. UMNO berpecah kerana Tun. Anuar menjadi popular kerana Tun. Simpati rakyat kepada Anuar juga kerana Tun.Kekalahan BN dalam PRU ke12 adalah kerana Tun.Ini kerana semasa itu Pak Lah telah berjaya mendapatkan kembali Terangganu dan menambah kerusi di DUN Kelantan dalam dalam PRU ke 11. Oleh kerana takut akan populariti Pak Lah melebehi dari Tun , maka Tun mula menbuat fitnah pada Pak Lah serta menantunya.Tun tahu akan kelemahan orang melayu. Kebijaksanaan Tun dalam membaca perangai orang melayu amat terselah. Orang melayu memang suka kepada fitnah dan orang melayu akan simpati pada mereka yang mengalirkan airmata. Tun berjaya melaksanakan misi untuk menjatuhkan Pak Lah. Kini Tun hendak menjatuhkan Najib pula. Tak sudah sudah Tun membuat onak dan duri pada orang melayu. Semasa Tun menjadi PM habis bangsa lain menjadi kaya raya antaranya Ananda ,Tony AirAsia Vincent Tan dan ramai lagi.Hanya seorang sahaja melayu yang ada dalam senarai Tun iaitu Syed Bukhri. Yang lain melayu adalah ahli keluarga Tun dan kroni2 Tun.

Tanpa Nama berkata...

kawan kita yang diatas ni dah jauh tersilap.kalau kamu pernah berniaga ulasan kamu tak macam ni.aku pernah berniaga hampir 20 tahun.aku paham sangat tentang hal ehwal perniagaan.apa yang TUN buat selama ini adalah semata2 untuk menyelamatkan EKONOMI dan juga MEMAJUKAN negara ini.aku berani cakap bahawa PAK LAH hanya pandai MENTAKBIR negara tetapi tak cekap tentang pengurusan EKONOMI negara.[saya minta maaf dengan PAK LAH kerana ulasan saya ini].tetapi tak mengapalah olih kerana nak menyelamatkan negara ini sebenarnya kedua2 BEKAS PM ini sebenarnya telah melakukan yang TERBAIK DEMI menyelamatkan NEGARA NI dari terlepas ketangan orang[bangsa]lain.kalau nak diharapkan orang2 MELAYU bawahan macam kita ni untuk membantu memajukan ekonomi dan memajukan negara ni jangan haraplah.melingkupkan lagi adale.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama yg paling atas tu..
haha mcm org sasau ja... pencacai PAS haramjadah mana ni?

mai mana mamak2? dlm UMNO mamak ka melayu ka janji Islam dn berkebolehan tetap akan naik. Tp dlm PAS dn PR mamak mmg kena hina, yg pndai jilat Anwar dan Nik Najis akn cpt naik.

Tp syg PAS Kedah dpt pesruhjaya BODO, krn terlalu hebat sgt depa main politik dlman.. nk cantai Azizan..tp pi lantik lembu jd ketua..

Yg kaya dlm PAS anak bernak Nik Ajis, org2 kuat Nik ajis, di Kedah org2 kuat sepupu sepapat Azizan makan kenyang, tu pahrolbazi bengang sgt.. dia pun nk makan jgk.. Amirudiin pn cerdik jgk.. tp last2 semua jd bodo balik.. bila Mahapos dpt jwtn Pesuruhjaya.. nmpk sgt lah depa PAS Pusat pn nk kerat Azizan.ko ya pun meluat tunggulah Muktamar...suruhlah Timbalana Pesuruhjaya pangku dlu.. xla nmpk sgt..

cntai2 kalah UMNO.. hati perut tk Islam mana .. hingaq dpn UMNO ja lebih!

Elok la PAS lepaih ni bubar! parti munapik!