Jumaat, 28 Jun 2013

INFO! Lagi Cerita Menarik Pasal Penceroboh Lahad Datu!



Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Senior Asisten Komisioner (SAC) Zulkifli Abd. Aziz telah disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh yang mewakili Hassan di hadapan Hakim P. Ravinthran.

Peguam itu mempersoalkan suasana 'ceria' melalui gambar-gambar yang dirakamkan semasa pertemuan dan rundingan antara Zulkifli dan kumpulan pengganas terbabit.

Mengimbas semula pertemuan pertama pada 14 Februari lalu, menurut Zulkifli, suasana ketika itu agak tegang dengan pasukannya dikelilingi oleh kumpulan pengganas diketuai oleh Datu Agbimuddin Kiram.

Kumpulan terbabit ujar Zulkifli, antara 60 dan 70 musuh yang lengkap bersenjata tidak termasuk yang sedang bersembunyi dalam kawasan semak.

"Mereka enggan bersalam dan langsung tidak senyum, juga tidak membenarkan gambar mereka diambil. Dalam pertemuan selepas itu iaitu pada 15 dan 16 Februari, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk menceriakan keadaan.

"Saya beri rokok kepada mereka, secara santai ceritakan kisah-kisah lucu, baharulah keadaan bertukar ceria hingga mereka izinkan gambar mereka dirakam. Saya cakap muka mereka semua akan masuk akhbar, malah saya juga berjanji akan bawakan mereka KFC (Kentucky Fried Chicken) dan Pizza,'' katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bermakna mereka mudah dipergunakan oleh org tak bertanggungjawab... terlalu percaya ke pemimpin sampai tak guna akal waras perbuatan mereka.

dgn kata kfc aje..mereka tergoda...mmmmm