Syed Mokhtar |
Lagi projek pembangunan dibawa oleh Kerajaan BN Kedah untuk majukan negeri. Nampaknya MB baru kita ni betul-betul 'speed' laju. Ya la, nak cover damage yang Pas buat selama 5 tahun, bukannya senang kan.
Baca laporan Utusan mengenai pelabuhan Kuala Muda,
Kerajaan negeri Kedah hari ini mengesahkan hasrat untuk membangunkan pelabuhan Kuala Muda kerana rancangan itu telah lama wujud.
Menurut pegawai kanan kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir, rancangan untuk membangunkan pelabuhan tersebut, pertama kali pernah dibangkitkan pada 1995.
"Pada awalnya, kita mahu memajukan Kuala Kuah tetapi kemudian mendapati Kuala Muda lebih sesuai," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Mengikut fakta sejarah, Kuala Muda pernah menjadi pelabuhan utama bagi Kedah ratusan tahun dahulu, terutama dalam dagangan dengan Siam dengan sungainya mengalir terus ke Laut China Selatan dan fungsinya masih penting sehingga ke hari ini.
Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia Khamis lepas, Luster Industries Bhd. mengesahkan hasratnya untuk meneroka pembangunan dan penambahbaikan ke atas pelabuhan Kuala Muda tetapi masih belum menerima sebarang pengesahan dari kerajaan negeri Kedah.
Syarikat itu baru-baru ini, dijemput oleh kerajaan negeri supaya mengkaji projek itu.
Dalam konteks ini, pegawai tersebut enggan mengulas lanjut mengenai urus niaga tersebut.
"Saya boleh mengulas mengenai pelan pembangunan di Kedah tetapi tidak mengenai hal-hal lain,'' ujar beliau.
Semalam, Bernama memetik Pengarah Urusan Luster, Lim See Chea sebagai berkata, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary berkemungkinan akan menjadi rakan teknikal Luster di dalam projek pembangunan pelabuhan Kuala Muda.
Katanya, Syed Mokhtar dilihat sebagai rakan teknikal terbaik jika diambil kira beliau kini memiliki Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor melalui MMC Corp Bhd.
Pelabuhan Kuala Muda menghubungkan tanah besar negeri itu dengan pulau Langkawi melalui hubungan laut.
Adalah difahamkan bahawa pembangunan pelabuhan itu akan memanfaatkan Langkawi, terutama sekali di Pulau Rebak, yang akan membantunya menjadi satu daripada destinasi percutian utama di dunia.
Pada 2011, DRB-Hicom Bhd., satu syarikat yang dikuasai oleh Syed Mokhtar dilaporkan sedang merangka pelan untuk menjadikan Pulau Rebak sebagai pusat tarikan percutian bagi golongan kaya dan terkenal.
Kumpulan itu mahu membangunkan satu konsep 'butik' percutian mewah di sana bagi disepadankan dengan "The Residences,' 'Bvlgari Residences' dan 'Banyan Tree Ungasan' di Bali, 'Six Senses Private Residences' di Vietnam, 'The Yamu' di Phuket, 'W Residence' di Koh Samui dan lain-lain.
McTheory:
Tabik dengan Syed Mokhtar, bro memang dasat..
9 ulasan:
suruh la syed mokhtar tu bukak kilang besar selain roti... buat mcm felda tu..jadi byk produk islam.. bukak la kilang makanan byk byk.
kita ni cakap aje..nak buat takde duit...maju melayu...boikot cina kafir
Kenapa Krjn Kedah nk cari Cina jugak utk bagunkan Kuala Muda? Kalau Cina xjoin kita semua mampuih tk makana ka? MMC Syed Mokhtar dah ada utk apa lg nk Luster CinaBeng tuh?? Xpaham aku dgn org Melayu ni.. duk kt bawah melaung2 smgt hak Melayu tp bila jd pemimpin pakat 2liberal dan jilat CINA!! sama sj UMNO ka PAS ka!!! MELUAT!!
Aku pun nampak cam tu jugak..aku dah boring dah dengan depa ni..biaq pi la nak jadi apa pun..yg penting aku boleh cari rezeki tak kacau hak orang sudah.
x pa janji kita dpt hidup ngan aman dan damai. jgn la dok jadi mcm negara luaq tu yg tau x puas hati ja keja depa pastu jahanam negara yg senang amerika ngan israel dan senagkatan dengannya.
Betulkah nama tu.....Kuala Muda ataupun Kuala Kedah???????
Salam Semua,
Apa nak salah joint venture dengan company berbangsa cina??
Salahkah mereka?
X ada melayukah di company tersebut?
untuk pengetahuan anda,Luster secara langsung membuka peluang pekerjaan kepada bangsa melayu di syarikat tersebut.tidak pernah ada pilih kasih perbezaan bangsa dan agama di sini yg penting.....anda harus memahami.
Boikot PAKATAN RAKYAT
kroni la tu bengong semua
Slow2 lah..ni projek besar..nak harapkan syed mokhtar saja mana mungkin..nak harap bung mokhtar lagi tak mungkin...dr DRB, pelabuhan,Kilang roti..dan seterusnya akan ada lagi..banyakkan lagi jutawan2 melayu dulu..
Klu nak kroni..Anwar bin Ibrahim & PKR lagi bapak kronisma dan nepotisma..cakap berdegar2 konon...nak sembunyi dari dihidu sebenarnya tuding kat org lain
Catat Ulasan