Khamis, 11 Julai 2013

INFO! Alhamdulillah Kerajaan Negeri Kedah Bertindak Bijak!! #HanyaDiKedah


Nampaknya masalah KUIN hampir selesai apabila kakitangan Insaniah Holding diserap masuk sebagai kakitangan KUIN tetap. Lepas ni tak ada lagi, orang akan kata Kerajaan BN balas dendam terhadap Insaniah Holding.

Keputusan kerajaan Kedah menjadikan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai badan berkanun turut dinikmati 26 pekerja Insaniah Holdings Sdn Bhd yang diserap sebagai kakitangan tetap.

Pengarah Perhubungan Awam Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata mereka yang terdiri daripada pekerja penyelenggaraan dan kebersihan itu akan menikmati semua kemudahan sebagai anggota sebuah badan berkanun.

Beliau berkata surat pelantikan pekerja itu diserahkan sendiri Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin kepada wakil mereka Salim Baharom pada perjumpaan dengan kakitangan Kuin baru-baru ini.

"Pelantikan ini menandakan kerajaan negeri juga prihatin dengan kebajikan kakitangan anak syarikat milik Kuin kerana antara mereka ialah ibu tunggal yang mempunyai tanggungan.

"Pengurusan Kuin berharap pelantikan ini menggembirakan semua pihak terlibat terutama dalam menyambut bulan Ramadan al Mubarak ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Semalam, Mukhriz ketika mengumumkan institusi pendidikan swasta milik kerajaan negeri itu dijadikan badan berkanun, berkata tindakan itu bermakna semua kakitangan Kuin bakal menikmati enam kelebihan antaranya kenaikan gaji 13 peratus mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012.

Sementara itu, seorang pekerja terlibat yang ditemui melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional Kedah yang diterajui Mukhriz kerana tidak mengenepikan golongan bawahan.

Pekerja pembersihan, Amnah Omar, 48, berkata Insaniah Holdings mengalami masalah kewangan sehingga gaji mereka tidak dibayar dan Kuin tampil menyelesaikan masalah itu.

"Saya dan rakan-rakan sangat lega dengan keputusan kerajaan Kedah menyerap kami sebagai kakitangan tetap Insaniah Holdings," katanya. - Bernama

McTheory:
Bukti Kerajaan Kedah sekarang lebih utamakan rakyat dari Kerajaan Pas dulu..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ramadhan. Tahniah sekali lagi buat MB dato Mukriz atas tindakan baik kpd KUIN wpun kita tahu KUIN lubuk PAS. Kasihan Mukriz duk kena cuci 'TAIK' yg PAS tinggalkan.. tu belum masuk bab kampus KUIN di KUala Ketil (elok sgt jual dan bayar hutang) PKNK lagi, kes rasuah balak Papua, curi di Pedu, Baling dan Sik, KHTP Kulim, Sungai Kob Nirvana, Langkawi Pulau Tuba Tahfiz, adoii laaa.. 5 tahun ni kerja duk cuci TAIK PASs laknatullah ni saja.. ni rakyat punya pasai lah nk KALIH TEST TRY.. bodoh2 akhirnya!

Tanpa Nama berkata...

26 pekerja insaniah holding diserap kedalam KUIN. mereka ini dulu bekerja untuk KUIN dan IH. Kebanyakan mereka dari ketegori sokongan. bakinya yang lebih ramai tak diserap walaupun sebelum ini dibawah majikan yang sama. agak-agak apa alasan yang menasabah.

Tanpa Nama berkata...

Nak ambik smua maka jadi mcm lama la. Amek setakat yang perlu cukup la.