Isnin, 29 Julai 2013
PANASS! KDN gantung Filem 'The New Village' Siapa yang lepaskan?
Mc tabik pada Menteri KDN Zahid Hamidi yang berani untuk mengantungkan filem 'The New Village'. Filem yang kononnya diadaptasi sewaktu zaman pra kemerdekaan, namun mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara. Tindakan KDN adalah tepat.
Baca laporan dibawah,
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem “The New Village” yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya.
“Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog” katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Sungai Buloh.
Menurut Ahmad Zahid, KDN ada menerima permohonan tapisan filem The New Village pada 4 September 2012.
Bagaimanapun apabila ditanya mengapa dulu pihaknya meluluskan filem tersebut beliau memberi komen babak yang ada dalam filem itu tidak keterlalaluan ketika itu.
” Filem itu telah ditapis tiga panel ahli LPF dan diluluskan pada 7 September 2012. Jesteru itu kita tidak akan beragak agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis.?
” Kita akan beritahu kelak tarikhnya jadi sehingga waktu itu saya harap tidak akan timbul sebarang spekulasi mengenai hal ini,” katanya.
The New Village diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw serta barisan pelakonnya tidak membabitkan pelakon Melayu dan India.
Filem itu berkisarkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.
Walaupun Mc lega dengan tindakan KDN, namun perasaan sangsi tetap wujud. Macam mana filem yang mengangkat komunis sebagai wira negara boleh terlepas untuk tayangan umum di Malaysia? Apakah semasa penapisan filem tu, FINAS dan LPF tidak sensitif dengan pengisian yang dibawa oleh filem terbabit?
Tidak kah mereka rasa filem tu menongkah arus? Atau memang orang sekarang sudah tak peduli lagi pasal sejarah?
Jangan sampai anak cucu, cicit kita mula pakai topi bintang 3, kononnya mereka itu pejuang kemerdekaan. Sampai pada masa tu, kita nak perbetulkan balik pun dah lambat.
Sebab tu dari sekarang kita harus berjaga-jaga jangan sampai sejarah kita, bertukar tangan jadi sejarah dorang pulak!
McTheory:
Faham tak apa yang dikatakan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Ini adalah era kejayaan Mat Sabu merahsuah Lembaga Peanapis Film.
Jangan biar pengaruh komunis menghantui kita pula, dah banyak peristiwa perkauman telah berlaku, harap jangan mengeruh keadaan lagi.
SIAPA PANEL AHLI LPF itu ?
Ini adalah manifestasi dasar keterlaluan terbuka.
Adakah kita masih mengharapkan Pemimpin yang bernama Ah jib Gor.lu fikir la sendili.
Yg bertanggungjawab di dalam Lembaga Penapis Film harus di siasiat.
Petualang negara akan mencari ruangan untuk melemahkan negara dan menjajah negara dgn cara alaf baru.
Catat Ulasan