Rabu, 3 Julai 2013

PANASS!! Kisah Perlakuan Seks Remaja Bawah Umur Dengan Golongan Atasan?


Masalah sosial, remaja bawah umur, hubungan seks dan rempit sering kedengaran di akhbar, berita tv, portal dan blog. Contohnya macam cerita kat bawah ni, baca dulu.. ada cerita lain disebalik ni,

Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.

bla bla bla bla bla.. ok kita dah tahu, remaja ini bermasalah, terbabit dengan seks bebas dan rempit, adakala mereka juga terlibat dengan dadah. Banyak berita macam ni dilaporkan oleh akhbar dan media. Macam mana dengan perlakuan yang lebih kurang serupa tapi melibatkan golongan kelas atasan?


Pernah kita dengar kelab mewah dan spa VIP di serbu? Sedangkan aktiviti dalam tu lebih teruk dan lebih buruk. Kalau anak remaja ni ditangkap, dimalukan dalam akhbar, bagaimana dengan laki orang dan bini orang di'pusat' maksiat yang di halalkan sebab duit? 

Perkara sebegitu juga perlu di cegah, kalau nak ikut keutamaan, kelab 'atasan' ni yang perlu dihapuskan dahulu, kerana ia lebih jelas merosak. Cuma ia bagai disembunyikan atas sebab tertentu.

Bukan Mc nak bela remaja yang buat maksiat tu, tapi kita kena sedar, ada lagi sudut hitam lain yang perlu kita 'cuci' dan bukan hanya satu sudut saja yang kotor.

Siapa tahu, hapuskan sudut kotor hitam yang besar tu, dapat membersihkan sekali sudut hitam yang kecil?

Artikel ini takdak kena mengena dengan politik, ini adalah kesedaran umum yang perlu masyarakat kita tahu. Untuk merawat penyakit, kita perlu tahu puncanya dulu sebelum mencegah.

McTheory:
Hanya pendapat peribadi, ikut suka nak dengar ke tak..

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tepat dan betul sekali.. di selangor kl...tempat mcm tu kepunyaan tokey tokey cina.. sahabat setia pemimpin pas. apo nak dikato.. islamikkk

Tanpa Nama berkata...

Ye ke PAS punye kerja? Kah3x Kih3x Koh3x macam korang promo Saiful ler kan3x Memang kehebatan dan kepakaran engkorang memfitnah...heh3x...Umngok..Umngok..ingat rakyat keldai macam dia orang...

Tanpa Nama berkata...

Sikit2 gelak. Mcm bodo.

Tanpa Nama berkata...

Orang yang banyak bergelak ketawa ini jahil sifatnya....seperti tin kosong...lihat dan amatilah sahaja komen golongan ini....for the sake of opposing....tapi isinya tiada langsung! Syabas Anwar Ibrahim, yang melahirkan manusia spesis ini!

Tanpa Nama berkata...

Kalau umno ada le buat macamtu ..habiskan duit rakyat termasuk duit mu yang tak tahu menilai..moga allah memberi hidyah dan taufik..

Tanpa Nama berkata...

nk ty toto,da ma cai,magnum..kilang arak..casino kt genting..lumba kuda..2 pas punya gak ke?akn ney cukai paling tggi ka utk krejaan?ak ase kowg mfitnah..cuba kta pkiaq guna otak dan akar yg Allah bg..apa sume yg jd maksiat sb pas?nk ty..nk wt lesen premis disco atau kelab malam..kna jpk sapa?kna jpk owg pas ka???ak nk tw 2 sb munasabah..

Tanpa Nama berkata...

ini belum lagi DAP ada kuasa penuh bayangkan jika PR jadi kerajaan.Yg ada sekarang pun atas desakan PUAK ini. apalagi jika PUAK ini ada kuasa

Tanpa Nama berkata...

Negara malaysia negara yang aman dan murni,, harap maklum

Tanpa Nama berkata...

semoga rakyat malaysia..bersatu hati atas jalan yang benar..

Tanpa Nama berkata...

yang gaduh dalam ni semua bodoh...termasuklah dgn aku sekali...padan muka aku...

Tanpa Nama berkata...

Antara warna hitam dan putih memang boleh nampak jelas perbezaannya.

Macam gak ngan Umno la...Dah jelas dah terang memang banyak ketirisan,tak ikut perintah agama rasuah, bergelumang dgn minuman keras...tapi tetap juga ada orang yang sokong.

Macai2 diorang tetap juga nak cari kesilapan2 kecil dari pembangkang.

Adakah macai puak ni memang buta belaka?