Khamis, 4 Julai 2013

TUDIAA!! Lagi Gambar Staff KUIN Demo Bantah Kerajaan BN Kedah? #HanyaDiKedah


Ehh.. ehh.. ingatkan gambar staff KUIN bantah Kerajaan Negeri Kedah, sebab guna kain rentang. Rupanya gambar staff KUIN sedang bergembira dan menganjurkan kejohanan boling. Tapi semalam Haramkah kata Staff KUIN tak dapat gaji 2 bulan, betul ka?

Ohh.. itu bukan staff KUIN, tapi staff Insaniah Holding, Insaniah Holding adalah anak syarikat bawah KUIN yang sepatutnya menjana kewangan KUIN. Tapi selama dibuka Insaniah Holding ni, haram tak pernah bawa masuk duit langsung, semuanya harapkan duit KUIN sahaja.

Malah Insaniah Holding dibuka pada zaman Pas dan dipenuhi dengan parasit dan kroni Jamil bekas Rektor KUIN yang sudah melarikan diri.

Gaji staff Insaniah Holding, adalah 3 kali ganda lebih tinggi dari staff KUIN sendiri. Kenapa tinggi? Itu kena tanya Jamil sebab dia yang uruskan, mungkin sebab staff Insaniah Holding terdiri dari kaum keluarganya, sebab tu kena bagi tinggi.

Logik ka sebuah syarikat yang gagal menjana pendapatan, dan mengharap duit dari kerajaan negeri, mempunyai pengurus bergaji rm30k sebulan? dan staff baru yang mempunyai gaji tinggi dari staff asal KUIN. Logik ka?

Sebab tu Kerajaan Kedah menangguhkan pembayaran gaji, sebab Insaniah Holding gagal untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan dalam kontrak.

Dah lama kot makan gaji buta, cukup-cukuplah tu.. pi la cari duit dan buat kerja pula.

McTheory:
Inilah Pas, pemalas bekerja, harap makan dari ehsan orang.. pui..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

makan gaji buta.. buat gaji mahal tapi takde kerja.. beri kaum kerabat kerja gaji mahal tapi hakikat takde kerja.. hukum islam mcm mana tu????? rasuah masa rasuah goyang kaki rasuah mkn gaji buta rasuah mulut hanya bercakap... nak suruh husam beri fatwa.. husam kelate.. kita bagi mat sabun atau mahfuz jawab pulak ???

Tanpa Nama berkata...

Jamil tu cabut lari sbb apa? MB kedah xckp pun nk hukum apa2. Itulah tanda org buat salah. Cabut tinggal KUIN dlm keadaan nazak kewangan.

Inilah akibatnay bila beri amanah pd yg bukan ahlinya.. rosak binasa suatu yg elok. Harap2 staf KUIN yg majoriti PAS tu buka mata dn jgn jd anjing gigit jari tuan setelah selesai kemelut.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah KUIN dah bersih tanpa campur tgn puak2 INSANIAH HOLDING, apa pERLU KUIN di KUALA KETIL ditutup??? cuba habaq mai... sebab apa di LANGKAWI nak dimajukan untuk pelancong, tp KUIN tak dimajukan untuk ilmu???