Ada yang layak ke ni? |
Walaupun kita dah nak masuk bulan September, tapi Mc tak rasa langsung bahang pemilihan untuk Pemuda UMNO Malaysia. Tak kisah la peringkat mana pun, malah sampai sekarang masih tidak ada orang berani nak cabar KJ. Mc tau KJ sekarang Menteri KBS, dan popularitinya sedang naik.
Tapi dia pun tak sempurna, masih banyak kelemahan pada Pemuda UMNO. Mc tak rasa KJ mampu membaiki kelemahan pada Pemuda UMNO, sebab kalau dia mampu, dah lama KJ buat.
Perkara yang Pemuda UMNO sekarang, tak mampu buat,
Pertama. Untuk tarik sokongan orang muda bersama UMNO. Bukan sebagai ahli parti, tapi sebagai penyokong. Ada ke? Berapa kerat?
Kedua. Menangkan saluran orang muda untuk bantu BN menang pada PRU ke14. Sebab PRU ke 13 kita ditolak!
Ketiga. Pemuda UMNO kalahkan Pemuda Dap untuk mendaftarkan belia sebagai pengundi baru. Sedangkan masih 1 juta belia melayu masih belum daftar. Belia cina, Pemuda Dap sapu bersih!!
Keempat. Pemuda UMNO sekarang masih gagal membawa masuk belia sebagai ahli UMNO. Terlalu banyak sebab dan remeh untuk golongan pemuda profesional sertai UMNO.
Kelima. Tiada seorang pun Pemuda UMNO yang mampu jadi hero bagi menyelesaikan masalah sosial, bila ada masalah melibatkan belia.
Contoh, masalah rempit, pernah tengok Pemuda UMNO turun padang meninjau masalah? Bukan untuk lakukan tugas polis, tapi untuk ambil berat, dengar suara mereka, dengar apa yang mereka nak.
Kalau tak berani turun jumpa budak rempit, Pemuda boleh turun ke shopping mall untuk dekati golongan remaja di sana. Macam-macam masalah ada, dekati dan ambil tahu. Barulah mereka ini akan kenal Pemuda UMNO sebagai satu entiti yang sememangnya mahu menjaga mereka.
Ini tidak, bila jadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan atau Bahagian. Kembang dada, dongak muka rasa diri bagus.
Apa layaknya kita sebagai Ketua Pemuda disesuatu kawasan, kalau pemuda-pemuda di kampung tu, kenal dan baik dengan kita pun tak. Ketua Pemuda yang 'syok' sendiri ke?
Setiap tahun akan ada pengundi baru yang layak di daftar. Pemuda Dap tekad mendaftarkan semua belia cina yang akan jadi pengundi baru. Pemuda UMNO tekad apa? Tekad untuk kenyangkan perut atau kayakan poket sendiri?
Maaflah pada yang terasa, bukan semua Pemuda UMNO tak boleh buat kerja. Tapi terlalu ramai yang duduk sebagai Ketua Pemuda UMNO di mana-mana bahagian hanya untuk buat duit saja.
Sikit-sikit cukuplah, ingat tanggung jawab yang diberikan. Seimbangkan diantara 'bussines' dan 'politik' Mc bukan mengajar, tapi itu hakikatnya. Itu pun kalau kita nak UMNO masih jadi kerajaan Malaysia la.. kalau taknak, dan nak rasa jadi pembangkang, teruskan dengan apa yang ada sekarang. Insyallah lagi 10 tahun kita akan jadi pembangkang.
Bukan tak boleh nak berniaga atau cari duit. Tengok macam KJ, zaman Tun Lah jadi PM dulu, dia buat duit sungguh-sungguh, sapu habis. Sekarang ni dah senang, baru buat kerja Ketua Pemuda, walaupun macam berlakon. Lepas tu di lantik jadi menteri lagi, itu satu contoh yang baik.
Mc cuma nak Ingatkan Pemuda UMNO, sebab kita hanya 'banyak' menang di saluran 1 dan 2 sahaja (saluran warga emas). Tolong buat kerja 'bertelur' sikit untuk bantu UMNO menang di Dun dan Parlimen. Kalau rasa tak mampu, letak jawatan!
Kalau dulu orang dengar nama 'Pemuda UMNO' pun dah ketar lutut. Sekarang ni, orang tertanya-tanya, masih ada ke Pemuda UMNO?
McTheory:
Masih ada.. tapi dah takdak teloq, harimau sarkas!! he he..
2 ulasan:
Strategi tu. Kalu kasi tau awal, mungkin ada yg buat projek cantas. Org berduit lain cara dia
ketua pemuda peduli apa.... umno kalah bolehlah dia melompat parti nuor.. diakan baik dgn nuor dgn kroni nuor.. tak caya.. tu bebas nuor hantar paspot lagi....
jika dia dah berubah... tak kan ada perjumpaan sulit pak lah kj nuor kroni.. pakat apa lagi tu.. kerajaan perpaduan gamaknya..
bukan takde org nak lawan kj... tapi majoriti naib pemuda exco tu org kj... umno bukan lagi utk menolong bangsa tapi mengaya poket sendiri..
tengok kj.. bercakap tengok keadaan.. jika boleh dijadi isu.. naikkan nama dia.. adalah suara kj.. ni nak pau.. cari isu sesuai.. kj bersuara... tanah melayu ni tergadai.. rasanya ramai pemimpin pemuda umno tak peduli..
exco pemuda tu jika umno kalah.. boleh ke dia org dpt projek??? ada ke cina nak bagi??? pemimpin umno yg lupa daratan ni sama seperti pemimpin melayu singapura dulu yg berpakat dgn lky sebelum keluar dr malaysia.. lepas tu diperbodoh oleh lky pap.. kini melayu singapura tergadai.. mana anak anak pemimpin melayu singapura yg berpakat dulu???
begitulah sifat manusia yg lupa amanah dan tanggungjawab.. bukan diri dan keluarganya aje hancur tapi semua hancur... di dunia bangsa yg menanggung tapi akhirat diri sendiri yg menanggung..
Catat Ulasan