Ahad, 1 September 2013

HOT! Hina Bendera Malaysia, Kerajaan Perlu Gubal Akta Lebih 'Keras'!!


Ahli Parlimen Malaysia wajar mengusulkan agar perbuatan menghina lambang kebangsaan Malaysia ditingkatkan sehingga RM 150,000 dan hukuman penjara dipanjangkan juga seperti Indonesia. Undang-undang lapuk ini perlu diperbaharui dan diberi konteks baru memandangkan bahaya dan ancaman terhadap pembentukan negara bangsa dan semagat patriotisme.

Cadangan : PDRM - mohon segera tahan atau panggil untuk siasatan semua individu yang terlibat. Jabatan Peguam Negara - mohon segera dakwa mereka di mahkamah dan segera drafkan cadangan untuk pinda Akta berkaitan. Menteri Dalam Negeri dan Menteri yang Undang-undang - mohon segerakan tindakan. Ahli Parlimen - mohon usulkan pindaan terhadap Akta ini, bukan sahaja dari sudut peningkatan hukuman tetapi juga dari aspek konteks menghina dan menggunakan lambang dan lagu kebangsaan ini secara tidak wajar.

Cadangan yang Mc petik dari blog Tun Faisal

Tengok sekor lagi bangsat yang menghina Jalur Gemilang,


Kenapa mangkuk ni begitu berani? Nak takut apa kalau akta dan denda macam ni?

Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963
Denda RM 1000 sahaja untuk penggunaan dengan cara tidak wajar...

Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949
Denda RM 500 sahaja untuk pamer lambang pelik-pelik sebagai bendera kebangsaan...

National Anthem Act 1968
Tidak hormat lagu Negaraku, hanya kena denda RM100... patutlah Namewee berani sangat!

Kita patut contohi Indonesia yang mengenakan tindakan 'keras' terhadap individu yang menghina bendera negara.

Contoh macam kes ni,

Seorang cina warga Malaysia, Broderick Chin ditahan oleh polis Indonesia kerana menghina bendera Indonesia. Dia meminta seorang pekerjanya agar menggantikan bendera Indonesia dengan seluar dalam merah miliknya, ketika pekerjanya sibuk mencari bendera untuk dikibarkan sehari sebelum Hari Kebangsaan Republik Indonesia. Cina Malaysia tersebut telah ditahan oleh polis Indonesia dan bakal berdepan hukuman penjara 5 tahun atau denda RP500 juta (RM148,000).

Hina bendera denda RM148,000!!

Mc percaya sudah tentu takkan ada lagi rakyat Malaysia yang berani hina bendera, kecuali duit dia terlalu banyak atau sudi tidur dalam penjara.

Update la akta tu, relevan dengan situasi sekarang.. adehh

McTheory:
Maruah negara perlu di letak pada darjat yang tinggi..

Tiada ulasan: