Isnin, 9 September 2013

HOT! Ops Cantas adalah Satu Sandiwara? #Opcantas


Dulu puak Pakatan Haram dok tuduh konflik Lahad Datu adalah sandiwara. Kali ni mereka menuduh Op cantas pulak. Bagi puak Pakatan ni, kalau apa yang kerajaan buat semuanya sandiwara, biar sampai saudara atau adik beradik mereka mati ditembak penjenayah, baru  mereka percaya semua ini benar!

Baca laporan dibawah,

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang terus mempolitikkan usaha kerajaan dengan mendakwa Op Cantas membanteras secara besar-besaran penjenayah sebagai sandiwara menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Beliau berkata, tindakan tersebut tidak ada kena mengena dengan pemilihan parti sebaliknya usaha berterusan kerajaan membanteras sehabis-habisan penjenayah terutama di kalangan anggota kongsi gelap.
"Jangan politikkan isu yang serius ini dengan mendakwa apa yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya 'hangat-hangat tahi ayam' untuk Perhimpunan Agung UMNO.

"Saya tidak perlukan publisiti murahan sebegini sebab itu pengumuman nama-nama kongsi gelap ini bukan diumumkan saya tetapi oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Taklimat Modul Kerohanian Jabatan Penjara dan Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hotel Sama-sama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam sebuah akhbar baru-baru ini, yang mendakwa beliau hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap bagi menarik perhatian ahli UMNO menjelang pemilihan parti itu Oktober ini. - UTUSAN ONLINE


Benar Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu la nak layan puak2 SANDIWARA tu...
buang masa saja 24 jam nak bersandiwara...
zahid dan KPN lakukan tugas anda seperti dirancang...90% rakyat menyokong anda...