Rabu, 11 September 2013

INFO! Polis memberi 14 Kumpulan Gelap yang aktif!!


Polis Pulau Pinang sedang memburu kira-kira 1,200 anggota 14 kumpulan kongsi gelap yang aktif di sekitar negeri itu.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mereka termasuk anggota lima kumpulan yang tidak berlogo. Baru-baru ini polis mendedahkan sembilan kumpulan kongsi gelap yang berlogo.

"Berdasarkan siasatan kita, lima kumpulan terlibat ialah Pneh, Ji Lam Che, New Sell 20, Ang Kim Leng dan Sio Sam Ong," katanya pada sidang media, di sini.

Mengenai Ops Cantas yang dilancarkan 17 Ogos seramai 233 orang ditahan dan 47 daripadanya disiasat menurut Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Katanya polis turut merampas 164 senjata termasuk empat pucuk pistol daripada suspek yang ditahan itu.


Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Tiada ulasan: