Ahad, 27 Oktober 2013
HOT!! Jentera Pas Berpecah Dua Di Sungai Limau!! #PrkSgLimau #BeraniHijrah
Baru berapa hari berkempen, jentera Pas yang diketuai oleh Mahfuz Omar Pesuruhjaya Pas Kedah yang haprak tu dah berpecah belah, hancur dan makin tak terurus. Semuanya berpunca bila masing-masing mengunakan PRK Sungai Limau ini sebagai platform untuk promosi diri bagi muktamar Pas yang akan diadakan bulan depan.
Paling ketara apabila pepecahan diantara Mat Sabu dan Mahfuz yang dikatakan tidak sehaluan, mengarahkan jentera masing-masing berkempen tanpa mengikut haluan yang ditetapkan parti. Malah dua individu tersebut juga lebih mempromosi diri di setiap UPU Pas, dari bertanya khabar penduduk Sungai Limau yang hidup serba kekurangan.
Pendekatan berkempen secara berkelompok oleh Pas di setiap UPU sebenarnya di'ciplak' dari idea BN. Namun pendekatan tersebut nampaknya kurang digemari oleh pemimpin-pemimpin Pas kerana ianya melibatkan kelompok yang kecil. Lagi satu, ceramah kelompok ni tak boleh kutip derma, sebab tu pemimpin Pas tak suka.
Jadi kempen di Sungai Limau ni, mereka gunakan untuk promosi diri bagi muktamar Pas yang hampir tiba. Masa mula-mula kempen, satu kelompok boleh gabungkan Mat Sabu dan Mahfuz, cuma pada akhir-akhir ini, kedua-dua pemimpin tertinggi Pas itu mula berpecah dan membawa haluan masing-masing.
Mc tak kata pepecahan Pas ini bagus untuk kita. Namun jika jentera dah berterabur, Mc harap jentera BN akan lebih tersusun dan cuba menarik perhatian rakyat Sungai Limau dari hati ke hati. Mat Sabu dan Mahfuz pun bukan suka sangat orang Sungai Limau ni, sebab tu selama ini Mat Sabu dan Mahfuz tak pernah jejak kaki ke Sungai Limau.
Mereka datang sini pun untuk kekal jawatan, kalau tidak mana mungkin kedua-dua ni datang ke Sungai Limau, dan disebabkan itu juga mereka berdua berselisih faham dan berpecah dari jadi satu jentera. Maknanya sekarang ni, di Sungai Limau Pas sudah ada dua nakhoda.
Kita pun tahu, dalam satu kapal mana boleh ada dua nakhoda, kalau ada dua nakhoda, sudah pasti jentera satu kapal akan kacau bilau dan mungkin akan tengelam. Macam mana nak jaga Sungai Limau kalau sesama sendiri pun gaduh?
Nampak sangat Pas buat kerja tak ikhlas, hanya pentingkan jawatan dari keikhlasan, kalau ikhlas takkan nak gaduh betul?
McTheory:
Kata Islam.. tapi? buat kerja macam tak Islam pun..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Bukan buat kerja cara islam la.. tapi cara isle.. itu yang betul..!!!!! (sambil angkat tanda bagus cap N.ajis)
Catat Ulasan