Rabu, 16 Oktober 2013
INFO! Kenapa Perlu Pilih Mukhriz Jadi Naib Presiden UMNO?
Semalam dalam temubual bersama Bernama TV Mc agak tertarik dengan pertanyaan, "Kenapa perlunya perwakilan mengundi Mukhriz Mahathir menjadi Naib Presiden UMNO?" Satu pertanyaan yang sukar bagi kita jawab, tetapi hanya tuan badan yang menawar diri sebagai Naib Presiden saja yang mampu menjawabnya.
Dengan tenang Dato Mukhriz menarik nafas dan menjawab,
Pertama, sebagai wakil BN Kedah, yang mampu menawan semula Kedah dari tangan Pas. Bukan mudah untuk menawan semula negeri yang kerajaannya telah dikuasai oleh Pakatan. Di Malaysia kita ada 4 negeri yang ditawan oleh Pakatan. Kelantan, Penang, Selangor dan Kedah. Pada PRU yang lepas cuma Kedah yang berjaya ditawan semula, soo sememangnya layak wakil Kedah untuk jadi Naib Presiden.
Kedua, negeri Kedah menjadi penyumbang baru terbanyak kerusi parlimen Malaysia. Dari hanya 4 kerusi parlimen, Kedah tambah lagi 6 kerusi. Maknanya 10 kerusi parlimen dari Kedah. Dimana semua negeri lain di Malaysia susut kerusi parlimen kepada BN, hanya Kedah yang mampu menambah 6 lagi.
Jadi tak salah Dato Mukhriz menawar diri menjadi Naib Presiden UMNO.
Lebih kurang begitulah jawapan Dato Mukhriz, walaupun ada sebutannya lain, tapi maksudnya lebih kuranglah.
Jangan pula ada yang ingat Dato Mukhriz mahu ganjaran daripada kemenangan BN Kedah. Bukan ganjaran yang beliau mahukan, tetapi taktikal strategi yang berkesan semasa merampas Kedah harus dikongsi pada setiap BN negeri lain.
Bila Dato Mukhriz menjadi Naib Presiden sudah tentu peranan beliau untuk jalankan jentera UMNO dianggap lebih berkesan. Takkanlah seorang Naib Presiden tak ada suara untuk membuat perubahan pada jentera UMNO? Betul tak?
Jadi adalah sangat logik perwakilan nanti mengundi Dato Mukhriz untuk menjadi Naib Presiden. Bukan hanya untuk meremajakan UMNO, tetapi juga mahu Dato Mukhriz memainkan peranan penting dalam jentera UMNO pada PRU yang akan datang.
Mungkin dengan izin Allah SWT dan usaha dari kita, Selangor, Penang dan Kelantan dapat ditawan semula oleh BN. Betul?
McTheory:
Kita cuba guna orang baru.. tak salah kan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
botak ni bole buat keje ke? anak bangsawan ni.
botak bukan sebarang botak
botak datang dari kedah
otak bkn sebarang otak
ini otak suda berjaya rampas kedah..(cewah)
terus kan perjuangan MM..kami wangsa maju sentiasa menyokong anda..
Catat Ulasan