Isnin, 25 November 2013

HOT! Sokong Pecat Imam yang Langgar Titah Sultan! #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah



Sebenarnya masalah mengunakan masjid untuk kepentingan politik ini adalah masalah yang serius berlaku dikalangan masyarakat kita. Cuma masyarakat memandang perkara ini sebagai perkara 'enteng' perkara kecik. Sedangkan pada hakikatnya, mengunakan masjid untuk berpolitik, boleh memecah-belahkan masyarakat Islam dan mendatangkan mudarat.

Mc bersetuju dengan rakan blog Kedah Times, yang mahu Iman masjid di pecat jika melanggar titah Sultan.

Baca petikan dari Kedah Times,

KedahTimes ingin highlightkan isu berkaitan imam yang dilantik oleh Duli Yang Mulia Sultan Kedah bagi mengetuai khariah masing-masing di Kedah.

Mereka dilantik berdasarkan atas kelayakkan mereka dari segi ilmu agama dan perwatakan mereka yang boleh memimpin serta mendidik anak khariah masing-masing. Mereka dianggap sebagai wakil Sultan dan MB untuk menyatupadukan anak khariah serta membimbing mereka menjadi anak khariah yang patuh kepada hukum syariah.

Mungkin semasa nak menjadi imam khariah tu, mereka menunjukkan sifat dan sikap yang baik. Tetapi

Setelah mendapat jawatan, maka terserlalah sifat dan sikap sebenar. Mereka tanpa segan dan silu merosakkan keharmonian khariah dengan menjadikan masjid mereka pusat membawa penceramah politik kebencian yang amat buruk.

Masjid dijadikan medan untuk mereka berpolitik kebencian dan perpecahan. Masjid dijadikan pusat menyebarkan ideologi politik sempit parti mereka. 

Jika semua ini dibiarkan berleluasa, maka khariah sudah tentu berpecah akibat tindakan-tindakan imam yang membiarkan penceramah memberi ceramah atau tazkirah berbau politik kepartian. Hasilnya umat Islam di Malaysia akan berpecah belah. Bukan Islam dengan senang akan mengambilalih kuasa dan sebagainya.

Maka itu KedahTimes amat bersetuju jika Kerajaan negeri memecat imam-imam yang berkelakuan sebegini. Imam ini boleh dianggap INGKAR kepada arahan ketua dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan kesatuan Ummah.


Imam-imam sebegini pertamanya mengingkari suruhan Allah SWT supaya memimpin khariah kepada kesatuan dan kebaikan.

Kedua, imam-imam sebegini ingkar kepada perintah Sultan Kedah yang menjadi ketua Agama Islam tertinggi.

Ketiganya, imam-imam ini mengingkari arahan Menteri Besar Kedah yang mewakili Sultan dalam mengurus dan mentadbir organisasi negeri yang mana imam-imam sebegini berada di Jabatan dibawah seliaan Menteri Besar.

Jika semua perintah sudah mereka ingkari, apa lagi sebab untuk tidak memecat mereka. Malah mereka tidak boleh mempertikaikan pemecatan tersebut kerana mereka yang melakukan kesalahan.

KedahTimes menyeru kerajaan mengambil tindakan segera kerana parasit-parasit yang bertopengkan imam ini bakal memusnahkan masyarakat dan negeri serta negara.

Kita jadikan Masjid-masjid kita sebagai pusat kesatuan, aktiviti agama dan masyarakat, perlonjakkan ekonomi ummah dan semua amalan yang tidak memecahbelahkan umat Islam.


Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Imam sesuatu masjid:


  • Menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu;
  • Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan;
  • Membaca khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya;
  • Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah masjid itu sedaya upayanya
  • Mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid itu;
  • Membimbing bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalanan tugas-tugas Imam;
  • Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan
  • Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Jabatan Agama

McTheory:
Pecat saja.. mereka sudah dikira tidak amanah dan melanggar titah Baginda Sultan..sebagai ketua Agama Islam di Kedah. Jika Sultan pun mereka langgar, apatah lagi perintah Kerajaan Negeri.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Imam-imam yang suka langgar perintah Sultan terdiri daripada mereka-mereka yang taksub dengan satu parti politik saja ia itu hijau putih macam orang kena demam campak.

Tanpa Nama berkata...

Kt Penang byk imam2 besar kepala pencacai PAS.. mereka khutbah mcm nk pecah dunia..kutuk krjn.. puji Arab Spring.. tp mereka lupa bumi bertuah ini nikmat yg Allah berikan melalui krn yg sah ini.

Imam2 ini bkn nk baca khutbah yg berkait soal membina sahsiah atau kemsyarakatan tp amat sibuk utk berkhutbah soal Rasuah, kuasa rakyat, penyelewengan, setiap minggu seolah2 mahu hasut makmum dgn fitan (fitnah).. benda yg xde bukti mereka war2kan berulang2 kasi supay atimbul prasangka dan benci pd pemerintah. Mereka sibuk khurbah ckp isu luar negara tp mereka xpeduli soal anak2 khariah.. itulah imam2 PAS.. pantang jumpa mikrofon tk kita sama ada duduk bersila atau berdiri beri khutbah mereka pasti akan hentem krjn.. seolah 2merak tu dh sempurna.. mcm PAS tu maksum xde cacat cela!

Elok sgt lah pecat puak2 munafik PAS ini dr bertenggek makan elaun imam tp buat kerosakan dlm masyarakat Islam!

jiran masjid berkata...

Imam mengimami anak qaryah yg berlain lain kecenderungan politiknya. Kerana itu, walaupun imam mempunyai kecenderungan politiknya yg tersendiri, ia seharusnya menampilkan sikap neutral / tidak berpihak dlm menjlnkan tugasnya yg diamanahkan. Jika tidak ia akan menjauhkan anak qaryah yg berlainan kecenderungan politik dr masjid dan aktiviti masjid yg dianjurkan.