Sabtu, 23 November 2013

INFO! Cerita Kurang Menarik Mengenai Muktamar Pas Tahun Ini! #MuktamarPas


Cerita ni Mc ambil dari FB puak Pas sendiri yang kecewa dengan perjalanan Muktamar Pas tahun ini.

Baca kat bawah,

Terbaru dari Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang sedang berlangsung di Shah Alam digegarkan dengan keputusan Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat untuk menangguhkan pengumuman keputusan penuh kerusi yang dipertandingkan dalam Muktamar kali ini bermula dari posisi Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Ternyata ini tindakan yang meragukan, apatah lagi tiada sebab yang munasabah diberikan terhadap cadangan penangguhan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi bagaimanapun memberi tahu hanya pengundian kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden sahaja dijalankan. Selebihnya untuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berjalan pagi esok. Apa yang jelas di sini, apakah agenda dan perancangan jahat yang sedang diatur oleh ‘pelakon’ dan ‘duta’ khas kelompok tertentu yang cuba untuk menimbulkan tanda tanya dan keraguan perwakilan muktamar serta masyarakat luar yang mengikuti perkembangan muktamar pada kali ini.

Tindakan Asmuni Awi juga dilihat agak aneh sebelum ini apabila mengaitkan seorang pensyarah sebagai menuduh memburukkan orang pimpinan PAS dalam satu program liqa' doktor di Perak baru-baru ini. Lebih-lebih lagi keputusan yang dibuat petang ini sebagai khianat apabila lebih 500 perwakilan dinafikan.

Apakah wujud campurtangan asing dalam memanipulasikan keputusan pemilihan muktamar kali ini? Jika tidak, suatu desakan terhadap Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat kali ini untuk mengemukakan dan tunjuk sebab kenapa keputusan ‘kurang cerdik’ dan suspicious sedemikian diambil. PAstinya para pemerhati dan media sedang menanti untuk melontarkan pandangan dan reaksi masing-masing terhadap apa yang sedang berlaku ini. Moga muktamar kali ini bukan black spot atau titik hitam kepada sejarah perjalanan pemilihan tonggak kepimpinan PAS.

Jika tiada sebarang maklum balas, PAS akan menempah satu lagi episod hitam dan gelap yang bakal merencatkan fokus perjuangan dan prospek PAS sebagai sebuah parti Islam tunggal di Malaysia. Amaran diberikan terhadap sesiapa sahaja yang cuba bermain jahat dalam proses pemilihan PAS tahun ini. Jangan sesekali cuba memalitkan arang hitam ke wajah PAS. Atau tunggulah saat anda ditapis Allah dari perjuangan suci dan murni ini.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terikut2 dgn pengaruh n perangai DAP

Tanpa Nama berkata...

Mari kita pakat-pakat salahkan UMNO/BN dalam kes pengundian ni. Macam selalu kita salahkan depa...hahaha...PAS OH PAS.

Tanpa Nama berkata...

datentulah di salah UMNO!!!!umno lah punya angkara parti PAS camne......mana dia tukang doa nya KO KO KO

Tanpa Nama berkata...

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang macam TAHIh

Tanpa Nama berkata...

Doa K.O dh terpalit kt muka sendiri kot

Tanpa Nama berkata...

hampa org pas ni,kena kencing berlendir pun duk sokong situ la.sapa yg bodo?hampa jugak.prk sg limaupun byk yg tau dikencing oleh calon dan mampos onar.tapi tahniah lah pas menang.sapa yg pangkah pas bermakna terima la air kencing yg hancing kena atas kapla.tak kan hampa yg terlebih alim tak tau hukum tipu dlm ISLAM.munafiqun..

Tanpa Nama berkata...

ALLAH tunjuk CASH wahai cai2 PAS oii.. hangpa kutuk dan maki org dan cari slh org lain sehingga fitnah berleluasa dan jd huru hara.. tp igt bila org lain xbalas Allah SWT MAHA membalas.. Black ou 505 satu tindakan kufur lgi jijik oleh puak PAS!!

Tanpa Nama berkata...

AHLI PARTI POLITIK SEMUA SAMA..NAWAITU UNTUK BERKUASA!!!.dah dapat kuasa macam anjing walau dah beri makan pallet. .jumpa tahi pasti terliur...juga..manusia sebelum ujud manusia surga neraka dan siap...

Tanpa Nama berkata...

Pas parti MAHA munafik dgn setiap tindakan nya...
Ini lah mungkin salah satu drp 73 golongan Islam sesat akhir zaman yg di ingatkan rasulullah Saw...
Wallahua'lam...

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan tanpa nama 8:44..mereka ini kelompok yang dikatakan sebagai yatruku ahla ausan,yaktulu ahla iman(kasih kepada penyembah berhala,bermusuh dengan org beriman)..walaupun alasan mereka dakwah,itu suatu kaedah yang dibuat sendiri oleh mereka,tidak pun mengikut tata syariat..

Tanpa Nama berkata...

Dah sah PAS adalah parti yang tahap bangang dengan cara pengurusan tahap tahun lima puluhan. Tengok lah muka pemimpin-pemimpinnya semuanya membawa perwatakan "kampong tahun lima puluhan". Tak ada pun muka dan perwatakan melineum dan global. Hancurlah Malaysia kalau orang-orang macam ini memerintah.

Tengok saja semua pejabat-pejabat PAS dari peringkat bahagian hingga ke cawangan...semuanya selekeh... berterabur, tak terurus..warnanya tak ceria langsung..asyik-asyik hijau putih...hijau ..putih.

Tanpa Nama berkata...

Tk semua ahli politik sama. UMNO tk sama dgn PAS. Wpun pemimpin UMNO berpolitik ada sempadan, Agama tk berani di mainkan sehingga kafir laknat Karpal-Kit Sial-Lge boleh sama2 tolong hina Islam.

UMNo tkperlu pakai serban jubah, tp kelemahan sbg manusia tetap ada. Tk pakai tudung berdosa dgn Allah tp pakai tudung labuh ke lantai tp KUFUR dgn Tuhan, menipu manusia..jauh lebih JAHAT dan BESAR dosa disisi Allah..malah boleh mati dgn kekufuran jika tidka bertaubat.. (nauzubillah).

PAS Laknatullah.. apa yg pemimpin mereka caci dan hina saudara seagama akan di balas kembali pd mereka. Ingtlah Allah SWT Maha Berkuasa, bukan Kuasa Rakyat yg diagung2kan oleh ideologis PAS..terutama golongan muda sesat!

Tanpa Nama berkata...

nampak macam ok je.. tapi macam sial sebenarnya. memalukan. hancus

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua parti politik...ingatlah jangan sesekali kata kuasa ditangan rakyat...sebenarnya kuasa ditangan Allah...Dialah yang mengatur segalanya atas izinNya...kepada PAS yang ahli syurga...inilah balasan yang Allah berikan kepada anda (sebenarnya cukup hina untuk difikirkan dari akal logik keputusan pemilihan yang boleh mendatangkan keraguan)...bertaubatlah...sedangkan Ummu Jah dan pengikutnya sudah bertaubat...ops maaf...anda memang takkan bertaubat sebab anda adlah ahli syurga...