Selasa, 3 Disember 2013

HOT! Luahan Ustaz Kazim Mengenai Parti Pas!

Penceramah Ustaz Kazim Elias yang bertemu Perdana Menteri pada Isnin menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berhubung pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pertemuan sejam dengan Presiden UMNO itu, Ustaz Kazim menyifatkan perbincangannya dengan Najib di menara Parlimen pagi ini mengenai isu pelantikan itu dengan mereka saling bertukar pandangan serta pendapat.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, beliau turut mengumumkan keluar daripada PAS.

Beliau amat kesal dan kecewa kerana pemimpin PAS memburuk-burukkan beliau termasuk dipanggil 'kambing yang akan dimakan serigala' serta 'anak babi'.

Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi' selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO. - BNBBC


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak jumpa lagi ulasan Mc pasal kenaikan tariff elektrik ni.. Dok susun ayat " penyedap rasa" ka? Adakah kenaikan tarif elektrik tidak membebankan rakyat?

Tanpa Nama berkata...

Gaji exco selangor naik..
Tarif air p.pinang naik 100%..
Tarif litrik naik...
Biasa le tu bro...
Ko naik gaji tak pula bising...sonyap yo makan sorang2..