Isnin, 9 Disember 2013

HOT! Muzakarah Pas dan UMNO Bermula di Kedah.. - @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur

Post Pic

Muzakarah di antara Umno dan PAS boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dalam keadaan rasmi, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata sebarang perbincangan untuk kepentingan rakyat dan negara merupakan satu bentuk muzakarah.

"Sebenarnya muzakarah ini tak perlu dilakukan secara rasmi. Jadi kita pun sambil duduk bersembang dengan pemimpin di pelbagai peringkat tanpa diketahui umum pun satu bentuk muzakarah. Dan itu sebenarnya memang berlaku dari semasa ke semasa.

"Kami di Kedah contohnya memang pun banyak ruang untuk berbincang pelbagai perkara, kepentingan ummah khususnya. Jadi bila kita dengar kedua kenyataan dibuat di peringkat muktamar PAS baru-baru ini dan juga di Perhimpunan Agung Umno, itu satu pengiktirafan di peringkat rasmi. Jadi saya ingat tindakan akan diambil selepas ini," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan penganalisis politik yang mencadangkan agar pihak ketiga non-partisan dilantik sebagai orang tengah dalam merealisasikan muzakarah Umno-PAS.

Semalam, Antarapos melaporkan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong sebagai berkata muzakarah Umno PAS hanya sekadar retorik sekiranya tiada tindakan lanjut diambil ke arah usaha tersebut.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan yang menyatakan kedua-dua pihak tidak ikhlas untuk bermuzakarah lantaran hanya pandai bermain kata saja tanpa sebarang usaha dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut.

Mukhriz bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulangi kesediaan Pakatan Rakyat mahu mengadakan dialog mengenai isu-isu kebangsaan dengan BN.

"Saya sebenarnya tidak berminat untuk membuat apa sekalipun dengan Datuk Seri Anwar. Bila kita sebut muzakarah, ini bermakna Umno dengan PAS dan tidak melibatkan pihak lain," katanya lagi.

Anwar semalam dalam satu kenyataan berkata Pakatan Rakyat sejak November menawarkan dialog bersabit isu semasa dengan BN.

Namun katanya tawarannya tidak disambut BN.

Kenyataannya dibuat sehari selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Umno sedia menghulurkan tangan persahabatan kepada mana-mana parti demi kepentingan Melayu-Islam.

Terdahulu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS sedia bermuzakarah dengan Umno namun timbalannya Mohamad Sabu berkata Umno hanya mencari untung politik selepas kemenangan suram pada PRU13.
 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas tu dah nak mampos baru sibok nak muzakarah...dulu jual mahal..macam2 syarat dikenakan pada umno...jelas pas tidak ikhlas...
Jika ikhlas tak perlu la syarat2 merapu tu...