Jumaat, 6 Disember 2013

INFO! AJK UMNO Pekan dipercayai Mati Lemas! #Berita


Semalam Mc ada terbaca tentang AJK UMNO Pekan yang dipercayai mati lemas. Innalillah.. rupanya betul..takziah pada keluarga mangsa.


KUANTAN 4 Dis - Keadaan banjir di Pahang yang semakin kritikal telah mengorbankan tiga mangsa hari ini yang dilaporkan lemas.

Salah seorang mangsa Jamali Ayob, 46, yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan telah ditemui mati lemas bersama anaknya Megat Nazri Jamali, 17, setelah gagal mengawal bot fiber yang dinaiki dan dihanyutkan arus deras kira-kira jam 9 malam tadi.

Manakala seorang lagi mangsa, Mohamad Ali Khalib, 21, dari Kampung Sepial, Ulu Tembeling, Jerantut lemas ketika sedang menjaring ikan di Sungai Pahang pagi semalam.

Mayatnya ditemui kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Dalam pada itu, laporan bilik gerakan banjir IPK Pahang mendapati, seramai 38,323 mangsa dari 9,153 keluarga ditempatkan di 122 pusat pemindahan membabitkan tujuh daerah sehingga 8 pagi tadi.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 30,307 orang dari 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.

Manakala daerah Rompin pula mencatatkan 4,289 mangsa banjir ditempatkan di 15 pusat pemindahan, di Pekan 3,037 mangsa banjir di 11 pusat pemindahan, di Maran 637 mangsa di enam pusat pemindahan, Jerantut 25 mangsa di dua pusat pemindahan, Lipis 21 mangsa pemindahan di dua pusat pemindahan dan Temerloh tujuh mangsa di satu pusat pemindahan. - RakyatNews


McTheory:
Dengar khabar banjir di Pekan kali ni diantara paling buruk yang pernah dialami..


Tiada ulasan: