Jumaat, 24 Januari 2014

INFO! Siapa yang memperalatkan nama Tun Dr Mahathir?


Kita tahu akhir-akhir ini Perdana Menteri dikritik hebat oleh A Kadir Jasin. Malah kritikan A Kadir Jasin tak berhenti disitu saja, bersambung hingga di sebuah portal pro pembangkang. Kononnya Kadir Jasin ni ikhlas nak tegur PM dan pentadbiran tertinggi kerajaan.

Tetapi semasa ditemubual oleh portal pro pembangkang tu, Kadir bukan sahaja mengkritik kerajaan, malah telah mempersendakan blogger-blogger pro UMNO yang kononnya tidak membantu BN dalam kemenangan PRU yang lepas.

Akibatnya kini blogger pro UMNO yang tidak membantu ni (termasuk Mc sendiri) mulai dendam dan campur tangan dalam permainan yang dibawa oleh Kadir Jasin sendiri.

Mc percaya Kadir Jasin tidak bertindak sendirian. Pasti ada 'tukang bayar yang kuat' untuk membuatkan dirinya terus hidup dan berasa kebal apabila mengkritik kepimpinan Najib di Putrajaya.

Selidik punya selidik, terkeluar pula nama Tun Daim Zainudin. Apa kaitan diantara Kadir Jasin dan Tun Daim?

Kaitannya, Kadir Jasin digunakan Tun Daim untuk mengkritik pentadbiran Najib yang kononnya sekarang ni sangat teruk dan perlu dibuat sesuatu untuk diselamatkan.

Siapa mereka untuk berbuat begitu? Apakah disebabkan kepentingan peribadi, mereka sanggup mencemarkan nama kerajaan?

Malah ada orang yang menganggap permainan diantara Kadir dan Tun Daim ada kena mengena dengan Tun Mahathir, disebabkan Tun Mahathir tu kawan baik Tun Daim. Malah apa saja suara dari Kadir dan Tun Daim, kononnya ia juga suara Tun Mahathir.

Mc tak rasa begitu, sebabnya.. Tun Mahathir takkan keluarkan statement yang menghina para blogger UMNO. Negarawan terbilang tersebut, diantara blogger pro kerajaan paling awal yang membuat blog. Malah beliau juga menjadi pelopor kepada blogger pro kerajaan sekarang ni.

Jadi mana mungkin beliau terlibat dalam statement mengutuk dan mengeji blogger-blogger pro UMNO.

Walaupun kita tahu Tun Mahathir agak lantang dalam menegur kerajaan sekarang ni, namun Mc percaya Tun Mahathir takkan terlibat dalam permainan Kadir dan Tun Daim. Maknanya suara mereka berdua tidak ada kena mengena langsung dengan Tun Mahathir.

Bukan Mc saja yang sedar akan keadaan ini, malah sahabat blogger APA juga sedar dan mengulas benda yang sama.

Dah lama Tun Daim menyepi, malah beliau tak pernah muncul dan mengkritik kerajaan pada zaman Pak Lah tido dulu. Jadi apa yang menyebabkan beliau muncul sekarang? Ada sesuatu yang akan berlaku?

Atau kepentingan beliau selama ini diusik? hmm..





P/s: Dari Tun Daim bayar Kadir, baik Tun Daim bantu blogger-blogger pro UMNO yang sedang susah sekarang ni..



McTheory:
Something fishy going on..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang pentadbiran Najib teruk mengabaikan Islam dan Melayu cakap aje lebih, tindakan tak seberapa, ingat Melayu yang memenangkan mereka bukan Cina atau India, asyik nak jaga bangsa dua ini sahaja. Bersihlah UMNO dan BN, orang mula dah muak dengan politik yang di mainkan oleh mereka,MCA perangai macam pembangkang aje, tak sedar diri menang pun kerana Melayu yang undi.