Jumaat, 25 April 2014

EKSKLUSIF!! Gambar Menarik Sekitar PM @NajibRazak di Kedah! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir @ShaifulHazizy



Sehari bersama PM Dato Seri Najib Razak di Kedah. Takdan nak update, sibuk sangat.


PM Najib disambut oleh MB Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Luarbandar, Shafei Apdal. Turut sama Ahli Parlimen BN dan Adun-adun serta AJK Pemuda BN Negeri Kedah.

Kemudian PM ke Wisma Darulaman untuk mesyuarat bersama wakil-wakil kerajaan negeri.


Selesai di Wisma Darulaman, beliau ke Seri Mentaloon dimana sedang berlangsungnya Ijtimak (Himpunan) Pondok Malaysia 2014.


Selesai beliau membuat majlis penutup untuk Ijtimak Pondok Malaysia yang berlangsung dua hari di Seri Mentaloon. Beliau berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Changloon.

Di sana beliau ke Napoh untuk merasmikan RTC Napoh yang baru di buka.
RTC Napoh merupakan RTC pertama di Kedah. RTC selalunya dibuat dikawasan luar bandar untuk kemudahan penduduk disana. Ia juga merupakan sumber penjana ekonomi untuk kawasan luar bandar, kerana RTC selalunya menjadi tempat tumpuan penduduk kerana segala keperluan untuk agensi atau jabatan kerajaan ada disana.

Selepas merasmikan RTC Napoh, PM kembali ke TH Hotel untuk membuat sidang media, lalu berangkat pulang ke Putrajaya.

Hampir setiap bulan pasti PM akan turun di Kedah untuk melancarkan projek atau program yang membantu rakyat Kedah. Dalam 3 bulan ni saja, kerajaan negeri Kedah sudah melancarkan 3 projek perumahan rakyat.

1- Projek perumahan PR1MA di Sidam Kiri, Sungai Petani.
2- Projek perumahan kos rendah di Kampung Naga, Kubang Pasu
3- Projek perumahan kos rendah Intan Shafinaz di Jitra. (projek lama Pas dulu 3 kali pecah tanah, tiang pun tak naik)
4- Projek perumahan generasi kedua felda, bertempat di Changloon.

Kalau ada orang tanya, apa projek kerajaan negeri untuk bantu rakyat. Pembaca boleh beri pada maklumat ini pada si tukang soal tu.

Belum lagi, dengan pelancaran Kit Kelahiran yang diberi percuma kepada setiap bayi yang lahir di Kedah. Malah sekarang ni, kerajaan negeri Kedah sedang menjalankan kursus kahwin percuma di setiap daerah secara berperingkat. Pada yang nak kahwin tu, tunggu kursus kahwin percuma di tempat anda nanti.

Belum lagi dicampur dengan kursus kerjaya pada anak muda yang menganggur. Siapa yang mendaftar, walaupun tidak mempunyai kemahiran. Akan di beri kursus khas untuk kerja terbabit, malah diberi sijil dan kerja tetap. Paling menarik ianya percuma! Apakah ini bukan program untuk bantu anak muda?

Walaupun kerajaan negeri Kedah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh (Pas Kedah punya kerja). Namun demi untuk membela rakyat, kerajaan negeri tetap cuba melaksanakan program atau projek yang membantu rakyat Kedah.

Selepas ini banyak lagi program dan projek untuk rakyat!

McTheory:
Insyallah kita bangunkan Kedah bersama-sama..

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILLAH.. terima kasih Krjn BN Kedah..
jgn tiru satu negeri tu.. gah dgn ceramah bendentum.. nafsu politik membuak2.. tp rakyat nak mandi pun susah.. kos hidup mahal melampau2.. pemimpin mereka hanay tahu hasut dan perkudakan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

huhuhu.. air oh air.. dimana hendak ku cari tanpamu air susah nk menjaga diri.. hanyalah bertahan dengan cara ini.. sampai bilakah ia terhenti..

Tanpa Nama berkata...

nk pindah kedah lahai kalau laguni..

kiki-

Tanpa Nama berkata...

Kesian Kedah,balaknya habis ditebang Pas,tanah kjn.negeri habis dilelong Pas.......bila Pas perintah,Alor Setar kotoq.......sampah bersepah.rumput menyemak mata.Tawar hati akak nak ke sana lagi........laaaa ni lagu mana no......

Tanpa Nama berkata...

Tengok pemimpin barisan bila bersama2 nampak senyuman . Itu time ada projek. Kalau tidak kutuk mengutuk sesama sendiri.

Korang tengok jelah nanti semua projek itu jadi gajah putih je macam dulu2. Macamana nak maju kalau ada pegawai2 kerajaan korup. Tambah2 lagi skarang dah balik semula ke barisan dimana pemimpin dan pegawai2 korup tu satu kepala.

Anon 8.42 tak sedar apa yang diceritakan tu maklumat tipu yang disogok barisan. Banyak masalah dulu hasil sabotaj kaum puak barisan le.

PRU nanti rakyat Kedah akan sedar semula. Begitu juga Terengganu dan mungkin negeri lain lagi.

Tanpa Nama berkata...

Tak de air tu sebab barisan le. Kalau dia setuju harga air dicadangkan Pakatan. Dah lama projek jalan.

Projek tu pun bukan boleh settle masalah air di SELURUH Selangor. Sebahagian je. Fikir sikit. Jangan iyakan apa yang dikatakan oleh bekas pemimpin barisan. Yang cerdik dah masuk Pakatan.

Tanpa Nama berkata...

8.42pg,12.11ptg........ye ke........rasenye yang masuk Pakatan tuuu politikus yang kecewa tak dapat projek,tak dapat jadi calon,calon yang kalah dan yang tak dapat jawatan.Anwar tak jadi PM.....terus buat reformasi......walhal die le bapak segala KORUP.....kaum kerabat dan kroninya kaya raya.Orang politik ni semue nye same saje.Korang buat Malaysia niiii macam harta mak pak hang !!!!