Makin lama makin pelik pulak pemilihan PKR ni, ada yang kita jangka jadi, tapi tak jadi, ada yang kita jangka tak jadi, tapi jadi pulak. Contohnya gabungan Saifudin, Rafizi dan Nurul Izzah. Siapa sangka Saifudin akan muncul bertanding Timbalan Presiden?
Sebelum ni kita cuma lihat drama diantara Azmin dan Khalid, cuma kali ni jalan cerita pemilihan jadi makin menarik. Biasa la, dah ramai pelakon, mesti filem lagi best. betui?
Pelik apabila kita lihat Rafizi boleh berganding bahu bersama Saifudin Nasution. Betul ke Rafizi ni nak bantu Saifudin? Atau ada undang disebalik batu? Dikatakan Rafizi diantara orang yang bertanggung jawab membawa Saifudin bertanding Timbalan Presiden ni.
Untuk apa Rafizi pulun nak suruh Saifudin bertanding ya?
Beralih pula kepada Tian Chua, pada mulanya Mc nampak Tian Chua bersama SUARAM untuk jatuhkan Azmin. Boleh rujuk SINI. Tapi sebenarnya, itu hanya wayang semata, ada info terbaru memberitahu si Tian Chua dan Sivarasa ada main drama pada kali ini, malah ada penyelewengan wang parti dari dana SUARAM yang berjumlah kira kira RM100juta.
Wang yang sepatutnya sampai ke tangan parti, telah di sebat oleh Tian Chua dan Sivarasa. Untuk apa Tian Chua dan Sivarasa sebat duit sebanyak tu?
Tian Chua dikatakan sudah bergabung dengan Team Azmin/Anwar untuk membantu menempatkan Azmin sebagai Timbalan Presiden. Mungkinkah dana 100 juta tersebut akan digunakan dalam kempen Azmin? Disebabkan itu juga, Tian Chua kemungkinan besar menarik diri dari persaingan timbalan presiden.
Kemunculan Saifudin juga sebenarnya mahu membantu Azmin untuk mengalahkan Khalid. Bila terjadi pelanggaran diantara Saifudin dan Khalid, maka Azmin boleh berkempen dan mencapai cita-citanya menjadi Menteri Besar Selangor.
Sebenarnya Anwar sudah pun menjanjikan kerusi MB Selangor pada Azmin, itu pun jika beliau berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR. Atas alasan tersebut, Azmin mengunakan segala-gala yang beliau ada untuk pastikan beliau menang pada kali ini.
Jadi, untuk pastikan Azmin menang, sudah tentu ia memerlukan modal yang sangat besar. Apakah wang rm100 juta Tian Chua tu tak cukup besar untuk Azmin guna dalam kempen pada kali ini? he he he..
P/s: Jadi pembaca agaklah kann.. Rafizi tu sebenarnya kem mana ya?
McTheory:
Lu pikir la sendiri.. he he
Tiada ulasan:
Catat Ulasan