Jumaat, 11 April 2014

INFO!! Benarkah Pertanian Punca Berlaku Tanah Runtuh? @IsmailSabri60 #Dsis



Di Malaysia ni, kita agak kurang berlakunya bencana alam. Diantara bencana yang sering berlaku seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.

Tanah runtuh pula merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia.

Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti.

Setiap kali berlaku kejadian tanah runtuh, sektor pertanian sering dikatakan punca dan penyebab utama kejadian hakisan tanah.

Contohnya kadar hakisan tanah kebun sayur kawasan terbuka di Cameron Highlands mencecah 84 tan sehektar setahun meskipun penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian di kawasan tersebut hanya sekitar 7.4 hektar.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif memperkenalkan kempen 'Peliharalah Tanah Kita' satu kempen yang menetapkan garis panduan dalam pembangunan tanah bercerun untuk sektor pertanian. Sambung baca blog YY



Buku panduan versi terbaru yang dilancarkan oleh DS Ismail Sabri di Wisma MOA tempohari bakal mengelakkan persepsi negatif sesetengah pihak yang sering kali menganggap sektor pertanian adalah punca berlakunya hakisan tanah.

Ia juga bagi membuka mata semua orang tentang kaitan tanah runtuh dan pertanian. Ini kerana Malaysia diantara negara yang bakal mengembangkan sektor pertaniannya ke peringkat antarabangsa.

Sudah tentu kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk menjana industri ini. Kalau dari awal tak diterapkan kempen 'Pelihara Tanah Kita' sudah tentu ciri-ciri keselamatan untuk memastikan tidak berlakunya tanah runtuh dapat diatasi.

Kempen 'Peliharalah Tanah Kita' beberapa langkah transformasi terbaru MOA selepas mengadakan 'bilateral meeting' bersama Vietnam ketika kunjungan PM DS Najib Tun Razak tempoh hari.

Berikut adalah gambar gambar sepanjang pelancaran Kempen tersebut.







1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dorang ni tak tahu kerja lain, asyik kempen jer. Promo sana sini. Habiskan duit jer... Penguatkuasaan kemana?

Bila runtuh baru nak cari punca dan buat kajian. Dapat tahu punca cuma nak info. Pastu lupa. Pastu jadi semula. Lagi ulang benda sama.

Cameron Highland tu bukan kawasan barisan ka???? Bukan kat Pahang???? Rakyat tak nampak ke lagi lakonan bersiri nieeee...