Ahad, 27 April 2014

INFO!! Bertani Dalam Bandar Jana Lebih Ekonomi Kendiri!! @IsmailSabri60 #Dsis

Pertanian dalam bandar

Mc ada baca, Menteri Pertanian dan Asas Tani Dato Seri Ismail Sabri, galakkan orang kita dalami Pertanian dalam bandar. Bagi mereka yang minat dengan pertanian, dan tinggal daam bandar, topik ni agak menarik. Kerana dalam kehidupan bandar yang semakin lama semakin tinggi kosnya. Bertani di kawasan rumah sendiri merupakan salah satu pilihan yang terbaik.

Ramai yang tak tahu, bertani di bandar tidak memerlukan tanah yang besar, hanya ruang sebesar bilik boleh tanam berpuluh atau beratus jenis pokok cili dan sayur.


Jika kerajaan war-warkan perkara ni, Mc rasa yang berminat patut sertai.

Warga bandar di negara ini diseru menyertai Program Pertanian Bandar kerana mampu mengurangkan kos sara hidup dan secara langsung sebagai strategi menangani cabaran kemiskinan bandar. 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi program itu warga bandar digalakkan menanam empat jenis tanaman iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan bunga-bungaan. 
Menurutnya, bagi melaksanakan program tersebut pihaknya ­menyasarkan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, komuniti bandar dan individu untuk melaksanakan projek tersebut. 
“Seperti yang kita tahu, kira-kira 72 peratus daripada rakyat di negara ini tertumpu di bandar raya utama, kadar urbanisasi yang tinggi mengakibatkan berlaku kemiskinan bandar yang menjadi satu cabaran utama kerajaan untuk mengatasi masalah mereka. 
“Maka pertanian bandar ini jika dilaksanakan dengan baik dapat memastikan komuniti bandar mendapat bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang berterusan. 
“Kita dapati purata hasil amalan pertanian bandar di negara maju dapat menampung 10 hingga 20 peratus permintaan bandar seperti yang diamalkan di London, Singapura dan Tokyo," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pertanian Bandar peringkat Kebangsaan, di sini hari ini. 
Yang turut hadir, Ketua ­Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Mohd. Fadil Osman. 
Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program tersebut berjalan lancar pihaknya melantik MARDI selaku penganjur utama dengan dibantu Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa serta syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan. 
“Sebagai contoh, pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan kawasan terbiar untuk dijadikan kawasan pertanian bandar. Bagaimanapun, berjaya atau tidak program ini banyak bergantung pada menta­liti masyarakat setempat di bandar. 
“Sebagai tanda sokongan dan komitmen kerajaan, kita juga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menyokong program ini khususnya untuk tujuan pembelian benih, baja dan kelengkapan pertanian yang diperlukan," katanya. 
Katanya, jika masyarakat bandar mengamalkan pertanian bandar se­perti yang diamalkan negara maju, sumber bahan mentah makanan tidak lagi menjadi isu utama negara pada masa akan datang, malah memberi pelbagai manfaat termasuk mengatasi aspek keselamatan dan nutrisi makanan.
Dulu pun PM ada sebut tentang perkara ni semasa di UPM. Tapi mungkin tak ramai yang benar-benar faham atau berminat. Sebab bila sebut pertanian, orang akan fikir, tanah, kotor, remeh. Tapi pada hakikatnya tak.



Cuba fahami apa sebenarnya pertanian bandar, kalau yang berminat boleh bergerak dari sekarang, sebab kerajaan nak bagi bantuan pada yang mengusahakannya, patut kita rebut peluang ni untuk tingkatkan ekonomi diri. Kalau taknak jual pun, tanam untuk kegunaan sendiri pun dah ok.

Contoh bertani dalam bandar, yang tak memerlukan ruang yang luas, ada yang tak pakai tanah pun, boleh tengok gambar dibawah,

Rak bertingkat

Tanam cili dalam polibag

Ini rak kayu tapi cantik.. nampak macam pokok hiasan

ini mudah, cuma kos agak tinggi sikit la..

Gambar diatas cuma contoh, sebenarnya banyak lagi sayur dan cara tanaman yang boleh dibuat. Jangan sangka dibandar tak boleh jadi pekebun sayur, sebab dan ada yang berjaya dan kaya walaupun hanya tanam cili di belakang rumah!


McTheory:
Serius benda ni memang bagus..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku ada email proposal nak buat projek PENANAMAN SECARA VERTIKAL DAN HIDROPONIK BAGI TANAMAN PADI DAN TANAMAN LAIN ...... tapi takdak reply ..... sayang....

Tanpa Nama berkata...

Kau kena jumpa menteri terus atau hantar kat dia....menteri inovasi pun ada dana ni