Khamis, 17 April 2014

INFO! Mukhriz Mahathir Ucap Takziah Kepada Keluarga Karpal Singh! #RIPKarpalSingh





Menteri Besar Kedah , Dato Seri Mukhriz Mahathir pagi ini mengucapkan Takziah kepada Keluarga Karpal Singh di atas pemergian beliau awal pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Ipoh.

Menerusi laman twitter Dato Seri Mukhiz beliau berkata : "My heartfelt condolences to the family of YB Karpal Singh on his untimely demise" .

Menurut BERNAMA , Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya

Untuk baca laporan penuh dan gambar kemalangan boleh klik SINI

3 ulasan:

Unknown berkata...

DS mukhriz, tolong perhatikan adun bayu yang semakin dibenci rakyat. Kalau tak nak hilang dun bayu, percayalah cakap saya, adun bayu akan dicantas dgn apa jua cara sekali pun.

Tanpa Nama berkata...

Good riddance to bad rubbish

Tanpa Nama berkata...

Kpd admin, Sebagai orang Islam cukup sekadar ucapan takziah..tak perlulah ucap RIP. 'Peace' kah mereka di alam barzah nanti?